CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Mengadu Panas Di Sekolah- Bapa Belikan Lima Kipas, Pasang Terus Dalam Kelas

6-4-2022 01:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5441| Komen: 63

PETALING JAYA- Seorang bapa dilihat menjadi ‘penyelamat’ kepada anaknya selain murid-murid lain apabila bertindak membeli lima buah kipas untuk diletakkan di dalam kelas tersebut yang dikatakan panas serta tidak selesa.


Tindakan prihatin itu dibuat bapa pelajar terbabit selepas anaknya mengadu berasa panas di dalam kelas berkenaan yang hanya mempunyai tiga kipas sahaja manakala satu daripadanya mengalami kerosakan.

Menerusi hantaran video dibuat pemilik akaun TikTok bernama Hanafi Yahya, anaknya bernama Hariz yang belajar di Sekolah Kebangsaan Slim River, Perak mengadu panas dan berasa kasihan terhadap kawan-kawan serta guru yang berasa tidak selesa.


Foto: Tiktok


“Selepas melihat keadaan kelas, memang panas kerana kipas yang ada tiga di tengah-tengah satu sedang rosak. Pelajar di tepi kelas tidak dapat merasa angin.

“Selepas panggil juruteknik, saya beli satu kipas siling dan empat kipas dinding, buat pendawaian siap-siap supaya kemas dan selamat. Semoga cikgu dan rakan Hariz selesa nanti,” tulisnya.

Video itu ditonton lebih 134,000 kali selain menerima reaksi balas lebih 500 komen daripada pengguna TikTok.



“Tahniah tuan, suka ibu bapa macam ini, terus selesaikan masalah anak-anak bukan terus buat aduan sahaja, moga kekal murah rezeki,” doa Geefauziah.

“Sama macam anak saya, balik cakap kelas panas, saya hanya mampu beli bagi dua kipas siling sahaja,” jelas Suhaizah Ismail.

“Tahniah tuan, pelaburan untuk anak bangsa kita, semoga mereka belajar dalam keadaan selesa,” kata Mohd Ridwan99. -CARI

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote monreyes 6-4-2022 01:37 PM
itulah untungnya ada T20 di mana2 . Yg dengki pesal..dpt juga numpang berkipas..
Quote hanihan16 6-4-2022 01:38 PM
parents sekolah i ajar memang mostly sponsor kipas dinding ni kat kelas anak2 depa. cikgu2 pun ada jgk yg sponsor sebab mamg 3 kipas siling tu tak sampai ke meja tepi anginnya
Quote sukacactus 6-4-2022 01:40 PM
Aku pernah beli 1 kipas kaki utk kelas ank tp malangnya xleh nak on la plak, sebab plug situ rosak yg dah bertahun2 lamanya
Quote Decaffeinated 6-4-2022 01:54 PM
bila budak tu naik kelas kena beli kipas lagi tak?

Quote Samerosie 6-4-2022 02:21 PM
Kalau class besar, 3 blade kipas memang tak berguna.  Rumah I semua 5 blades baru terasa.  Tapi tulah mahal sikit.
Quote lattehazelnut 6-4-2022 02:24 PM
Untunglah.. kalau iols beli yg kipas usb je kot..
Quote Gomea 6-4-2022 03:22 PM
Untung sekolah aku dulu2 tepi laut je. Dapat pulak kelas tingkat2 atas. Berdentam dentum angin pukul pintu.
Quote Kurex 6-4-2022 03:31 PM
Masa zaman ipta dulu, kelas iols pakai kipas siling semata. Ada 2 jah. Habis kelas, masing2 muka macam pati kecuali iols & beberapa pelajar lain yg berwajah urban
Quote anony-mous 6-4-2022 03:35 PM
monreyes replied at 6-4-2022 01:37 PM
itulah untungnya ada T20 di mana2 . Yg dengki pesal..dpt juga numpang berkipas..

Apa sumbangan b40
Quote domestobot 6-4-2022 03:39 PM
B40 menyumbang sebagai menyemak kawasan dan mencerca orang lain yang bukan B40. sampaikan yang dah lahir T20 pun kena mengaku asal-usul B40, kalau tak nanti kena mob justice
Quote chandrahusin 6-4-2022 03:43 PM
bagusnya wakaf mcm ni
baru2 ni alumni sekolah menengah aku pun
ada kumpul duit smpai dapat install kipas besar dlm dewan
Quote dua_chzy 6-4-2022 03:45 PM
anony-mous replied at 6-4-2022 07:35 AM
Apa sumbangan b40

Beranak banyak meramaikan ummah.
Quote dua_chzy 6-4-2022 03:46 PM
monreyes replied at 6-4-2022 05:37 AM
itulah untungnya ada T20 di mana2 . Yg dengki pesal..dpt juga numpang berkipas..

Yeap. Sekolah anak kelig ai, if mintak sponsors dari T20, senang2 ja kumpul beratus ribu. Mak datin selambadek bagi 20k cash.

Ini sekolah Permata Pintar di nogori 9 sana.
Quote dani-rox 6-4-2022 03:48 PM
kipas jurr? beli la aircond
Quote anony-mous 6-4-2022 04:02 PM
dua_chzy replied at 6-4-2022 03:45 PM
Beranak banyak meramaikan ummah.

Jawapan lain, mintak duit @ mintak sponsor
Quote dua_chzy 6-4-2022 04:09 PM
dani-rox replied at 6-4-2022 07:48 AM
kipas jurr? beli la aircond

Maintenance tinggi. Nanti bil letrik sekolah naik.
Quote salimrock 6-4-2022 04:32 PM
dua_chzy replied at 6-4-2022 04:09 PM
Maintenance tinggi. Nanti bil letrik sekolah naik.

daH Kacau tabung PIBG pula
Quote dua_chzy 6-4-2022 04:40 PM
Edited by dua_chzy at 6-4-2022 08:42 AM
salimrock replied at 6-4-2022 08:32 AM
daH Kacau tabung PIBG pula


Tak guna tabung PIBG untuk bayar bil letrik sekolah. Gomen tanggung bil air, bil letrik, sekolah bantuan kerajaan. Tapi acik kantik kena bayar sundri bil letrik ngan air kantin.
Quote Adrif 6-4-2022 04:44 PM
dani-rox replied at 6-4-2022 03:48 PM
kipas jurr? beli la aircond

menurut pengalaman dulu, nanti aircond tersebut akan dialihkan ke bilik guru, dengan alasan,

ada pelajar semput dan aircond tak elok untuk beliau

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.036082 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top