CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beli Rangka Ayam Di Bazar Ramadan- Nampak Jijik, Penuh Isi Perut, Pedal Pun Tak Cuci

6-4-2022 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4278| Komen: 42

Seorang gadis dikenali sebagai Pika berkongsi tentang juadah rangka ayam yang dibelinya di bazar ramadan.

Menerusi ciapan di laman Twitter, Pika ada memuat naik beberapa gambar makanan tersebut yang kelihatan menjijikkan.


Menurutnya, makanan yang dibeli dengan harga RM5 itu tidak dicuci dengan betul.


Foto: Twitter

Dia juga mendakwa ayam yang dibeli sama sekali tidak disiang oleh peniaga dan rangka tersebut dipenuhi dengan isi perut ayam.

Rangka ayam tersebut hanya dicelup tepung dan digoreng sebelum dijual kepada para pembeli.





Foto: Twitter

"Sampainya hati jual dekat orang yang puasa macam ini. Bila nak berbuka tu, terkejut tengok dalam rangka tu penuh isi perut ayam? Tengoklah pedal pun tak cuci. Semata rangka celup tepung.

Dia turut memuat naik satu video ibunya yang bertindak memotong bahagian pedal dan alangkah terkejutnya mereka mendapati ‘sisa’ yang sepatutnya dibuang dibiarkan begitu sahaja.



"Mak tak puas hati jadi mak potong. Memang betul pedal pun tak siang. Rezeki bagi kucing dengan anjing je makan. Kalau tak mampu berjual, janganlah anaiya orang macam ini sekali. Sedih abah balik beli untuk anak- anak makan. Sama-sama puasa kan?

Pika kata niatnya berkongsi gambar tersebut bukanlah untuk mengaibkan mana-mana pihak tetapi sekadar memberi peringatan kepada para peniaga supaya mementingkan aspek kebersihan.

"But peniaga bazar Ramadan ini too much la kalau dah sampai tahap kebersihan tak terjaga macam ini. Mohon semua peniaga duduk kejap muhasabah diri tu betul ke tak aku buat ni. Betulkan niat dulu. Kalau jadi kat family kau, kau nak ke bagi family kau makan makanan macam ni?

"Cuma sekadar perkongsian dan peringatan. Tak baik tau buat orang macam ni. Semoga ambil pengajaran lah daripada apa yang jadi. Nak maki, tapi Ramadan. Nak maki, tapi tambah dosa." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 6-4-2022 12:44 PM
semoga peniaga yang tak ikhlas berniaga ni melingkup..
Quote Simunggu 6-4-2022 12:57 PM
jijik...
Quote FOTHER-MUCKER 6-4-2022 01:06 PM
Beli rangka ayam?
Quote stania83 6-4-2022 01:10 PM
rangka ayam ni sebenarnya makan tulang ke?
Quote rospinki 6-4-2022 01:11 PM
euu..rangka ayam segar iols dapat free jah. rajin tokey tu bagi sbab byk org order satay rangka dia bagi free. tapi byk isi lagi..iol potong2 kecil buat sop or kari/goreng sama je. ayam situ dijamin orang kita semelih dan fresh. kalu beli ayam kt tmpt lain lain rasanya anak2 pun tknk makan. apatah lagi beli rangka dari mana2 tah sumber ..uii
Quote Siput_Sawah 6-4-2022 01:12 PM
kalau aku, simpan dlm fridge dan esok nye gi semula kat peniaga tu minta pencerahan!!!
Quote tupaiterbang 6-4-2022 01:12 PM

post macam ni la patut dikongsi and kasi viral
Quote Manjahati 6-4-2022 01:12 PM
Bgtaulah bazar ramadhan mana supaya org berhati hati n x beli dari penjual sama
Quote piep 6-4-2022 02:06 PM
x pandai niaga nk berniaga.. ingt dlu beli tonggeng ayam kt psar malam, pak cik tua kata pak cik bg lebih yee, skali husband makan bontot pun x cci bersih.. euwww.. toksah la niaga
Quote piep 6-4-2022 02:06 PM
x pandai niaga nk berniaga.. ingt dlu beli tonggeng ayam kt psar malam, pak cik tua kata pak cik bg lebih yee, skali husband makan bontot pun x cci bersih.. euwww.. toksah la niaga
Quote renko 6-4-2022 02:11 PM
ni spesis cilanat
amik balik campak depan muka dia suh dia cekik bangkai cmni
Quote makita 6-4-2022 02:16 PM
Kalau org niaga ayam kat bazar atau pasar mlm ni x yah la beli sebab sumber air dia sikit sgt. Berapa liter lah sgt boleh dibawak guna lori kecik. Nak basuh ayam lagi. Nak basuh tgn lagi. Lagi elok cari yg ada kedai..sumber air nk bersihkan ayam mencukupi
Quote babelina 6-4-2022 02:35 PM
tingin pula mkn pedal.. kat kg sebelah ada jual soto.. dia pn jual pedal, hati n bontot ayam.. kemain sedap.. ptg kang nk beli la..
Quote Decaffeinated 6-4-2022 02:39 PM
piep replied at 6-4-2022 02:06 PM
x pandai niaga nk berniaga.. ingt dlu beli tonggeng ayam kt psar malam, pak cik tua kata pak cik bg  ...

tongkeng ka tonggeng?


Quote She-Ra 6-4-2022 02:41 PM
haiyooo tak bran nak tgk gamba.. karang kembang tekakkkkkk
inilah salah satu sb gigih masak sendiri kt rumah walaupun mkn sorang
sekali sekala je tutup dapo tapau luar.. tu pn kt kedai2 dlm mall.. yakinkan aje la hahahaaaa.. padahal silap2 sama je tahap kebersihan dapo/masak
Quote bottompadu 6-4-2022 02:42 PM

lain maciammmm
Quote watie79 6-4-2022 02:43 PM
mohon kesah ni viral..sekarang ni kuasa viral jer yg mampu. apa punya peniaga buat mcm tu..??

sesungguhnya aku berpuasaaaaaa...........
Quote nolya 6-4-2022 02:53 PM
Rangka ayam biasanya orang beli, rebus dn renih lama untuk buat stok ayam. So kalau nak masak mi yg berkuah, stok digunakan menggantikan air.
Quote piep 6-4-2022 03:02 PM

tongkeng hahaha

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.147493 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top