CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ridwan Tee Anak Beranak Duduk Menumpang Di Rumah Tiada Elektrik Dan Air-Nak Minum Terpaksa Beli Air Atau Tadah Hujan

6-4-2022 12:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3583| Komen: 25

SUNGAI PETANI: Lima beranak yang dihimpit kemiskinan terpaksa hidup menumpang di sebuah rumah tanpa kemudahan bekalan elektrik dan air di Kampung Kilang Makau, Pokok Asam di sini sejak empat tahun lalu.


Muhammad Ridwan Tee Abdullah, 45, yang juga seorang mualaf berkata, dia menumpang di rumah berukuran enam meter panjang dan lapan meter lebar itu kerana tidak memiliki rumah sendiri dan rumah tersebut merupakan milik seorang pekebun sayur.

Menurutnya, dia tidak mampu untuk membiayai kos pemasangan elektrik dan air kerana pendapatannya sebagai tukang cat di bengkel kereta, menjual barangan terbuang serta membersih kawasan jirat Cina sekadar cukup menyara keluarga.


Foto: Utusan


Katanya, dia tinggal bersama Rahimah Abd. Razak, 38, serta tiga lagi anak mereka, Muhammad Farish Daniel, 10, dan Nurfarhanie, 9, dan Muhammad Fazrin Danish, 5.

“Pada waktu malam, saya menggunakan lampu solar terpakai yang dipasang sendiri dan bekalan air pula diambil dari sebuah perigi berdekatan kawasan paya.

“Bagaimanapun air perigi itu berbau kerana terletak berdekatan paya namun itu lah satu-satunya bekalan untuk mandi dan membasuh manakala air bersih untuk diminum terpaksa dibeli, selain menadah air hujan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Muhammad Ridwan memberitahu, dua anaknya, Muhammad Farish Daniel dan Nurfarhanie merupakan murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Tai Tong di sini.

Sementara itu, tambahnya, anak bongsunya, Muhammad Fazrin Danish tidak dapat dihantar belajar di tabika kerana kesempitan wang.

Muhammad Ridwan berkahwin dengan Rahimah pada tahun 2012 dan pernah tinggal di beberapa tempat sebelum dibenarkan mendiami rumah tersebut.

“Saya juga pernah memohon bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Lembaga Zakat Negeri Kedah, namun tidak diketahui statusnya sehingga kini.

“Selain orang perseorangan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam yang banyak membantu keluarga saya untuk meneruskan hidup,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Muhammad Ridwan di talian 019-7369397. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote angelofish 6-4-2022 12:45 PM
berenti la beranak lagi
Quote Simunggu 6-4-2022 12:48 PM
ada lagi mcm ni...
Quote kepompong 6-4-2022 12:55 PM
nasib tak letak tajuk Ridwan Tee Abdullah kini merempat
Quote Decaffeinated 6-4-2022 01:52 PM
tak tau nak komen macam mana di bulan romadon yang mulia ini

Quote prince_marhaen 6-4-2022 02:23 PM
sabar ye nanti bEbird Lewlew sampai... jangan kata rumah, letrik, mesin coway air bersih pun boleh dapat bang.
Quote watie79 6-4-2022 02:50 PM
dah tahu susah bawak2 lah family planning...jgn lah dok susun paku anak tu
Quote white_musk 6-4-2022 02:55 PM
Adik2 ni semua tak ada ugama kah? kan kata anak itu rezeki.. itu lah rezekinya
Quote ketambangkang 6-4-2022 03:16 PM
laaa aku ingat ridwan tee pendakwah mualaf tu
Quote tagas 6-4-2022 03:47 PM
dun worry

super liew will come
Quote Supersirap 6-4-2022 04:11 PM
Semoga ada pihak yang sudi membantu
Quote Artemesiaa 6-4-2022 05:24 PM
Yang gigih nak menderma dibulan posa ni elok ler hulurkan bantuan dari nasi terbiar sampai basi main tabur2 duit
Quote Eeekennd 6-4-2022 09:07 PM
Glamer nama anak2 beliau
Quote kakikuDibibirmu 6-4-2022 09:09 PM
Ridhwan Coffee Abdullah ni kan pendakwah berbangsa Cina jinak?
Quote cmf_premierleag 6-4-2022 10:10 PM
Gitu la kan..tak habis2 meminta2
Dr dulu akak dh cakap, stok2 mcm ni mmg suka mengemis je.minta la segala mala bantuan yg ada
Sbb tak tau malu.
Quote mr_cool5885 6-4-2022 10:23 PM
Aduh..rasa berdosa kita mkn sedap2 tiap hari sampai buang2. Apa kita nak jawab di hadapan Rabbul Jalil nanti lagi2 pemimpin.
Ni dah mcm ada kematian tapi sorang pun tak jalankan tanggungjawab & semua kat situ kena.
Quote gigahertz 6-4-2022 10:35 PM
ketambangkang: laaa aku ingat ridwan tee pendakwah mualaf tu

ingatkan nama Riduan tee tu pendakwah tu je pakai


Quote hareeeesah 7-4-2022 12:02 AM
Nasib baik anak skola, idok kalulagi kena kecam.. inilah kehidupan. Semoga yg baik-baik utk semoa
Quote Skuau 7-4-2022 01:01 AM
3 jer..x ramai mana la...tu.
Quote anony-mous 7-4-2022 01:14 AM
Ya ampun ingatkan yg penceramah tu td dgr berita ada ustaz mana entah sibuk nk infak pam air dkt cambodia. Baik la ko tlg mamat ni saliran air n elektrik

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.094003 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top