CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Masjid Agung Natuna, Taj Mahal Versi Indonesia

6-4-2022 12:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1793| Komen: 7

Sebuah masjid di daerah Natuna di Kepulauan Riau mendapat julukan Taj Mahal Indonesia kerana mempunyai landskap dan reka bentuk seakan-akan mercu tanda ikonik dunia itu.


Lapor CNN Indonesia, Masjid Agung Natuna dibina atas kawasan berkeluasan 15,500 meter persegi turut menjadi mercu tanda kebanggaan penduduk Natuna.


Kredit foto: Tribun Travel - Tribunnews.com

Berdasarkan penulisan karya Julie Kendall dan Edi Sutrisno dalam buku berjudul ’11 Fakta Masjid Agung Natuna’, masjid itu menjadi satu daripada mercu tanda paling penting di Indonesia.

Arkitek masjid tersebut, Both Sudargo memaklumkan, reka bentuk masjid berkenaan diinspirasikan daripada struktur Taj Mahal berserta landskap sungai dan empat tiang di sekelilingnya.

Selain itu, masjid itu juga mempunyai ciri-ciri struktur Masjid Nabawi di Madinah dan masjid Cordoba di Sepanyol.

Masjid Agung Natuna dilengkapi dengan 20 pintu yang diletakkan di pelbagai arah untuk kemudahan pengunjung keluar dan masuk.

Selain itu, masjid tersebut mempunyai beduk yang disifatkan terpanjang di Indonesia dan pembuatnya mengambil masa sehingga lapan bulan untuk menyiapkannya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote angelofish 6-4-2022 12:42 PM
harap tak jadi macam masjid kristal. baik pakai atap nipah je kalau cepat jahanam bumbung tu
Quote Artemesiaa 6-4-2022 01:01 PM
Wah cantik tapi kalau kat sana masjid cantik ke tidak sentiasa ramai dengan jemaah tak macam kat sini.  Mungkin sebab banyak aktiviti dibuat di masjid bukan sekadar untuk solat je.
Quote honeybee1802 6-4-2022 01:02 PM
Natuna ni yg indon ckp ganu n makang ns lemak ikan aye tu ker?
Quote AbukRokok 6-4-2022 01:15 PM
sepatutnta natuna milik malaysia.. tapi org dulu2 lembab
Quote Decaffeinated 6-4-2022 02:22 PM
honeybee1802 replied at 6-4-2022 01:02 PM
Natuna ni yg indon ckp ganu n makang ns lemak ikan aye tu ker?

Macam2 loghat ada. Yang macam melayu Sarawak pun ada.
Menurut ceritanya dulu2 nelayan Terengganu pun biasa belayar sampai ke Natuna.


Quote Decaffeinated 6-4-2022 02:26 PM
AbukRokok replied at 6-4-2022 01:15 PM
sepatutnta natuna milik malaysia.. tapi org dulu2 lembab

sebab Natuna tidak pernah berada di bawah Inggeris.

Batam, Bintan, Lingga tu pun sah2 lah orang melayu johor tapi join ikut indon merdeka dari Belanda.


Quote nusaraya 6-4-2022 02:50 PM
AbukRokok replied at 6-4-2022 01:15 PM
sepatutnta natuna milik malaysia.. tapi org dulu2 lembab

Hehehe....bukan saja Natuna..sepatutnya seluruh Asia tenggara adalah juga milik Malaysia . ..maklumilah kerabat kita adalah bangsa yang paling power dan kuasa di wilayah ini sejak dahulu kala ...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.158921 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top