CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Disamun, Dipukul, Motosikal Dilarikan Semasa Berhenti Di Simpang Lampu Isyarat

6-4-2022 10:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 523| Komen: 0

Shah Alam: Bukan hanya disamun, malah seorang lelaki turut dipukul sekumpulan lelaki tidak dikenali ketika menunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat Persiaran Setia Dagang U13 Setia Alam, di sini pagi Ahad lalu.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, ketika kejadian kira-kira 4.30 pagi itu, mangsa yang berusia 26 tahun dalam perjalanan menghantar barang ke rumah rakan, berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan.




"Selepas kejadian, mangsa yang bekerja sebagai pemandu peribadi memaklumkan kepada isterinya berhubung kejadian itu dan isterinya segera membuat laporan polis.


"Siasatan mendapati, mangsa mengalami kecederaan lebam di bahagian mata dan pipi, luka pada tangan kanan dan kiri kerana dipukul dengan tangan dan topi keledar oleh suspek.

"Mangsa turut mengalami kerugian apabila telefon bimbit Huawei Nova 4, dompet mengandungi dokumen penting serta wang RM50 dan motosikal mangsa dilarikan kumpulan suspek itu," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohd Iqbal berkata, punca kejadian masih dalam siasatan.

"Usaha mengesan kumpulan lelaki terbabit sedang giat dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Saiedayu di talian 03-55202222," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki dipukul di persimpangan lampu isyarat Persiaran Setia Dagang U13 Setia Alam oleh sekumpulan lelaki bermotosikal. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.021365 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top