Seorang ibu mendakwa anaknya pulang ke rumah dalam keadaan lemah kerana dipaksa berpuasa oleh guru di sekolah.
Kisah itu diceritakan semula oleh Dr Kamarul Ariffin menerusi Facebook sehingga ia tular dan meraih perhatian ramai netizen. Imbas Dr Kamarul, kanak-kanak itu dibawa ke klinik oleh ibunya pada Isnin, ketika hari kedua umat Islam di Malaysia berpuasa. Menurut Dr Kamarul, si kecil lingkungan usia antara 6 hingga 7 tahun itu mengadu kepada ibunya bahawa dia benci untuk ke sekolah kerana mendakwa makanan dan minumannya dirampas oleh seorang guru.
Difahamkan, mana-mana murid yang tidak berpuasa juga akan ditegur secara terbuka oleh guru tersebut sehingga ditertawakan rakan-rakan lain. Dalam perkongsian sama, Dr Kamarul berpendapat tidak wajar kanak-kanak tersebut dipaksa dan dimalukan dalam usaha untuk mendidik mereka. Sarannya, kanak-kanak boleh diajar berpuasa secara berperingkat agar mereka dapat menyesuaikan diri sebelum melakukan ibadah itu secara sempurna. Di penghujung bicara, Dr Kamarul turut berpesan agar netizen tidak mengecam guru tersebut. Sumber: mStar
|
Adrif replied at 6-4-2022 07:50 AM
serius laa.. kalau betul, bodoh betul cikgu tu.
krustykrab replied at 6-4-2022 08:26 AM
Extereme sggh ye skrg ni sampaikan anak2 kecik pun dipaksa.
Tiber teringat kat setat zahar derus ke ...
ADVERTISEMENT