CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerani ‘Mengubat’ Perangai Buruk Adik Rugi RM3,050

6-4-2022 07:00 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1484| Komen: 8

Seorang kerani wanita di sebuah hospital sanggup berhabis ribuan ringgit untuk membayar perkhidmatan bagi ‘mengubat’ perangai buruk adik lelakinya supaya menjadi individu yang lebih baik.


Bagaimanapun, selepas membuat tujuh transaksi bayaran kepada tiga akaun bank berlainan antara Januari hingga Februari lalu membabitkan nilai keseluruhan RM3,050, perangai buruk adiknya itu masih tidak berubah.


Gambar hiasan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan, Asisten Komisioner Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, susulan itu, mangsa berasa dirinya telah ditipu lalu tampil membuat laporan di Balai Polis Kuala Krai pada 18 Mac lalu.


“Sekitar Disember lalu, mangsa berusia 35 tahun bertemu seorang wanita digelar Kak Na di Kuala Krai yang mendakwa anak dia mampu mengubati seseorang individu supaya berkelakuan lebih baik.

“Mangsa membuat bayaran kepada tiga akaun bank berlainan antara Januari hingga Februari dengan jumlah RM3,050. Dia diberitahu, bayaran terbabit akan dikembalikan semula selepas proses perubatan selesai.

“Namun, selepas dua bulan berubat, adik lelaki mangsa terbabit tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap yang baik dan dalam masa sama mangsa juga gagal berhubung dengan suspek,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Kota Bharu, semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Wazir berkata, selepas menerima laporan mangsa, polis segera mengesan pemilik tiga akaun terbabit untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, Polis Kelantan merekodkan kerugian lebih RM2 juta membabitkan 117 kes membabitkan Macau scam, parcel scam, tipu e-dagang, pelaburan tidak wujud dan pinjaman tidak wujud dalam tempoh dua bulan lalu.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 48 kes direkodkan sepanjang Februari dengan kerugian RM853,411.67 manakala baki 69 kes lagi direkodkan pada Mac membabitkan kerugian RM1.36 juta,” katanya.


Sumber: UTUSAN ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 6-4-2022 07:51 AM
sayang betul kakak dia kat adik tu..  
Quote kepompong 6-4-2022 07:57 AM
Define “kelakuan baik”
Quote Suchi 6-4-2022 08:14 AM
Kesian kakaknya moga kejadian ni dapat mengubah perangai adiknya itu.
Bila dah nasihat bagai tak jalan gak, serahkan pada Allah jela.Adik dia bukn budak kecik lagi dah dewasa kalau dia dah memilih gitu bukan salah kak dia lagi dah.
Maka apa yg boleh dibuat doa sahaja lah semoga dia berubah kalau tanak berubah minta saja dia kembali ke penciptaNya.

Quote batmana 6-4-2022 08:20 AM
Adik tu bagi pelempang free ja...wat pe upah org beribu-ribu rm
Quote nanies 6-4-2022 11:27 AM
alahai kakak nya pun. apa yg boleh ubatkan adik kak oi? jumpa bomoh?
Quote Babai 6-4-2022 11:33 AM
Bodohnya kerani tu
Quote Artemesiaa 6-4-2022 11:43 AM
Perangai orang bukan senang nak diubah melainkan dia sendiri yang nak benar2 berubah.
Quote lattehazelnut 6-4-2022 11:56 AM
Berubat dgn bomoh acah2 islamic or bomoh kelapa..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.033237 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top