CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

EU Puas Hati Dengan MySejahtera - KJ

6-4-2022 06:36 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1720| Komen: 6

Kerajaan sedang berbincang dengan negara besar untuk mengiktiraf sijil ujian dan vaksinasi Covid-19, seperti yang dilakukan Kesatuan Eropah (EU), bagi memudahkan pergerakan pelancong Malaysia ke luar negara.


Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata keputusan Suruhanjaya Eropah mengenai pengiktirafan itu, berkuat kuasa kelmarin, akan membolehkan pelancong dari Malaysia meneroka ke luar negara tanpa terlalu bersusah payah.


Kredit foto: FB KJ

“Mereka benar-benar berpuas hati dengan keselamatan, keaslian dan juga kebolehcapaian (sistem), yang sama dengan piawaian EU.

“Kementerian sains, teknologi dan inovasi (Mosti) sedang berbincang dengan semua negara utama untuk destinasi lain mengiktiraf MySejahtera.

“Malah beberapa minggu lalu, saya pergi ke UK dan tiada masalah,” katanya pada sidang media selepas melawat Hospital Raja Permaisuri Bainun semalam.

Dalam satu kenyataan yang disediakan di laman web EU, presiden Suruhanjaya Eropah Ursula Von Der Leyen berkata vaksinasi Covid-19 dan sijil ujian yang dikeluarkan oleh Malaysia adalah mengikut Sistem Pengurusan Vaksin Kesatuan dan dianggap setara dengan yang dikeluarkan dalam mengikut Peraturan (EU) 2021/953.



Sementara itu, Khairy berkata beliau telah dipanggil untuk memberi kenyataan pada 14 April lalu kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung isu pembangunan dan perolehan aplikasi MySejahtera.

“Saya tiada apa yang hendak disembunyikan. Aplikasi penting ini digunakan untuk (pengurusan) Covid-19, vaksinasi dan Pusat Penilaian Covid-19 Maya (VCAC),” katanya.


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 6-4-2022 06:37 AM
Jerman tersenyum sinis
Quote prince_marhaen 6-4-2022 10:13 AM
Dah jadi menteri kesihatan tapi makin nampak selekeh, busuk, kepham, bau rokok, tak terurus... jaga lah penampilan sikit...macam nampak tak sihat dan meyakinkan je.
Quote Firenzza 6-4-2022 10:29 AM
kakikuDibibirmu replied at 6-4-2022 06:37 AM
Jerman tersenyum sinis

Cer hantar kejjei pi jerman....kot2 kena layan mcm ltte tamil nadu ke idok
Quote stingerkaypoh 6-4-2022 12:07 PM
Org lagi nak hapuskan app sampah ni ko lagi nak promote.
Quote kakikuDibibirmu 6-4-2022 06:16 PM
Firenzza replied at 6-4-2022 10:29 AM
Cer hantar kejjei pi jerman....kot2 kena layan mcm ltte tamil nadu ke idok

Teroris LTTE (Lelaki Tamil Telur Eeetam) tersenyum sinis
Quote Artemesiaa 6-4-2022 06:19 PM
Negara2 lain dah banyak mansuhkan sijil ni sekarang jadi benda tak penting pun kini

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.169599 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top