CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Trump Selar Pentadbiran Biden Sokong LGBT

6-4-2022 06:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 831| Komen: 5

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyelar pentadbiran Joe Biden yang memberikan sokongan serta menggalakkan budaya lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) di negara itu. 


Lapor New York Post, Trump malah menegaskan perkara itu tidak sepatutnya berlaku terutamanya melibatkan golongan kanak-kanak. 


Kredit foto: Business Insider

“Boleh anda bayangkan seorang kanak-kanak yang akan membesar kelak dan mempersoalkan kenapa ibu, ayah atau pihak kerajaan buat begini kepada saya?

“Saya tidak pernah menyokong LGBT dan selamanya tidak akan pernah bersetuju,” kata Trump semasa berucap di hadapan orang ramai di Grand Rapids. 


Sabtu lalu, Biden memberikan kelulusan kepada golongan transgender bawah umur menjalani pembedahan dan terapi perubatan semasa perhimpunan di Michigan. 

Pentadbiran Biden juga mengeluarkan panduan yang menyokong terapi hormon, penggunaan ubatan penyekat akil baligh dan pembedahan menukar jantina bagi kanak-kanak dan remaja di bawah umur. 

Biden juga memuat naik video yang menyatakan sokongan terhadap komuniti transgender.

“Mengesahkan identiti anak anda adalah salah satu perkara paling berkuasa yang boleh anda lakukan bagi memastikan mereka selamat dan sihat. 

“Mana-mana transgender di AS yang sedang menghadapi masalah ini, ketahuilah anda tidak bersendirian,” katanya. 

Khamis lalu, sempena Hari Transgender Antarabangsa, Pejabat Hal Ehwal Penduduk Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia mengeluarkan dokumen bertajuk ‘Penjagaan Mengukuhkan Jantina dan Orang Muda’. 

Pada hari sama, Rangkaian Tekanan Traumatik Kanak-Kanak Kebangsaan, Pentadbiran Penyalahgunaan Bahan dan Perkhidmatan Kesihatan Mental mengeluarkan dokumen bertajuk ‘Penjagaan Pengesahan Jantina adalah Penjagaan Termaklum Trauma’.

Kedua-dua dokumen menawarkan panduan untuk remaja yang bergelut dengan identiti jantina mereka termasuk pembedahan mencipta bentuk dada atau membesarkan payudara bagi lelaki serta pembedahan pada alat kelamin atau organ pembiakan lain. 

“Amalan lain yang digalakkan termasuk penyekat akil baligh dan terapi hormon menggunakan estrogen atau testosteron,” tulis dokumen itu. 

Tinjauan Gallup yang disiarkan Februari lalu, mendapati sekitar 0.7 peratus rakyat AS mengesahkan identiti mereka sebagai transgender. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 6-4-2022 06:38 AM
Ummah gay LGBTQ+ dalam almari tersenyum sinis

Flag-for-History-1-1024x681.png
Quote kakikuDibibirmu 6-4-2022 06:39 AM
Cutenya budak nehhhh, ermmmmm

262142294-422440316221021-8383339906520207001-n.jpg
Quote BawangCaramel 6-4-2022 12:12 PM
IMG_20220404_112028_897.jpg IMG_20220306_074905_224.jpg
Quote tripleid 6-4-2022 12:39 PM
dah democrats tu parti liberal,what do u ekspek??sbb tu almost all retis2 kat holiwud tu x kira gay ka straight semua anti trump
Quote bakingsoda 6-4-2022 12:47 PM
lgbtq: love knows no limit
pedo: agree!

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.047301 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top