Kecoh di media sosial selepas video yang memaparkan seorang remaja mandi menggunakan air mineral tular dan mendapat kecaman netizen.
Rata-rata menganggap tindakan remaja itu sebagai satu pembaziran terutamanya bila mengenangkan terdapat beberapa negara yang masih sukar mendapatkan bekalan air bersih.
Hal itu kemudiannya mendapat perhatian pengasas Strawin Food Industries Sdn Bhd, Mohamad Faruqi Mohamad Nazri yang tampil mengulas mengenai situasi terbabit. “Saya sendiri mengambil perhatian atas perkara ini. Produk ini merupakan air mineral dengan kadar pHnya 7.6, lebih beralkali dan baik untuk kesihatan kulit. “Muarra juga merupakan penaja rasmi kepada KL City Football Club dan MUFC yang mula beroperasi di Melaka. Kini sedang berkembang seluruh semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak. “Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada pihak Amirul yang mandi menggunakan produk Muarra itu. Kalau dia tak buat, mungkin kita tak tahu manfaat air mineral. Terima kasih kerana menyokong Muarra,” ujarnya. Sumber: Suara Merdeka
|
dani-rox replied at 6-4-2022 08:10 AM
*hashtag* tell me you're advertising a product, without telling me you are advertising a product cha ...
Adrif replied at 6-4-2022 07:59 AM
ada alamat penuh..
ni macam tak jaga privasi customer pulak.. customer confidentiality
ADVERTISEMENT