CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Insyaallah Saya Akan Peluk Islam' - Jordan Mintah

6-4-2022 06:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1257| Komen: 0

Penyerang Terengganu FC II, Jordan Mintah mencuri perhatian netizen selepas berkongsi mengenai pandangannya tentang agama Islam di Facebook terutama apabila dia mengatakan bakal menjadi saudara baharu tidak lama lagi.


Menurut Mintah, dia sendiri menyukai agama suci ini dan mengakui kawan-kawan di tempat semasa dia membesar semuanya beragama Islam.


Kredit foto: IG Jordan Mintah

“Saya bukan Islam, tetapi semua kawan-kawan ditempat saya membesar semua beragama Islam, dan saya suka Islam.

“InsyaALLAH satu hari nanti saya akan menganut agama Islam,” katanya dalam satu perkongsian video Mintah bersama guru dan pelajar-pelajar tahfiz di grup Facebook, Terengganu FC.


Dalam video yang dikongsi oleh netizen itu juga, Mintah turut menasihatkan pelajar-pelajar tahfiz supaya menyemat kalimah Allah dalam hati mereka kerana hanya Dia Maha Berkuasa.

Mintah mengakui dia bukan sesiapa tanpa ALLAH yang sentiasa bersamanya.

“Selagi kita ada ALLAH bersama-sama kita, dan mengikut ajaranNya, tentu akan mendapat kesenangan,” kataya.



Mintah menyertai Terengganu II pada 2020 sebelum menyertai Terengganu FC pada 2021 dan memutuskan untuk kekal bersama pasukan itu sehingga kini.

Pemain penyerang itu mempamerkan prestasi cemerlang menerusi jaringan yang dilakukan untuk membantu pasukan terutamanya dalam saingan TM Piala Malaysia.

Dia juga membawa tonggak yang membawa pasukan mara ke separuh akhir selain turut dinobatkan selaku Penjaring Terbanyak Liga Premier 2021. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.206632 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top