CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Lori Cedera Tersepit Kontena Jatuh Dari Jejambat

6-4-2022 05:24 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1662| Komen: 5

Seorang pemandu lori cedera akibat dihempap sebuah kontena yang jatuh dari jejambat pada ketinggian lebih 12 meter di Jalan Pelabuhan Klang di sini, pada Selasa.


Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.15 petang itu, mangsa dikenali Rusaini Hassani, 49, dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan lanjut.


Sebuah kontena berisi kotak kitar semula dari sebuah lori terjatuh dari atas jejambat dan insiden itu tular menerusi beberapa video di media sosial.

"Berdasarkan maklumat, sebuah kontena berisi kotak kitar semula dari sebuah lori terjatuh dari atas jejambat. Kontena itu kemudian menghempap dua buah lori yang sedang lalu di bawah jejambat.


"Salah satu daripada lori tersebut dihempap di bahagian hadapan dan pemandunya tersepit," katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Menurutnya, seramai enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 1.17 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, siasatan awal mendapati sebuah lori kontena dari arah jejambat Westport menuju ke Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) telah hilang kawalan sebelum terbabas.

"Kontena itu terjatuh dan menghempap dua lori. Kami telah merakam percakapan pemandu lori kontena itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Pada Selasa, insiden tersebut tular menerusi beberapa video di media sosial.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LoveSungmin 6-4-2022 05:28 AM
ngerinya.. macam mana la boleh jatuh kontena tu.. dah macam final destination pula..
Quote sukacactus 6-4-2022 06:06 AM
Uiiii!!!
Boleh mati terkejut ni
Tetiba tgh drive, ditimpa kontena pulak
Quote Cpkay 6-4-2022 08:37 AM
kontena mesti bawak laju kat atas tu .. time corner tak boleh nak control
Quote pearl.silver 6-4-2022 11:34 AM
Kt heway kl karak haritu pun ada kes hampir sama. Kontena belakang x ikat elok. Ada org rakam kontena dia goyang2. Sampai satu selekoh tu mmg terbalik la kontena dengan lorinya swkali tgh jln tu..
Quote Artemesiaa 6-4-2022 11:37 AM
Mengerikan niaya je pemandu lori dibawah betul jadi mangsa keadaan.  Kalau sampai jadi cacat sila saman pelakunya tuntut ganti rugi hilang upaya.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.062082 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top