CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bertembung Dengan Motor Lain Lepas Langgar Arahan Pengawal Trafik

6-4-2022 05:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1357| Komen: 1

Sebuah klip video yang mendapat perhatian netizen di media sosial Indonesia memaparkan senario seorang penunggang motosikal kemalangan selepas melanggar arahan pengawal trafik, lapor laman berita Suara.com.



Kredit foto: IG @memomedsos

Video yang dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) itu dimuat naik dalam akaun Instagram bernama @memomedsos.

Kelihatan dua pengawal trafik sedang mengawal lalu lintas di sebatang jalan. Seorang daripada mereka memberikan isyarat agar kenderaan di sebelah kanan lalu dahulu. 

Seorang penunggang motosikal berwarna putih kemudian tiba di simpang jalan berkenaan dengan pengawal trafik bertopi biru itu memberi isyarat agar dia berhenti.



Bagaimanapun, penunggang motosikal itu tidak mengendahkan isyarat berkenaan lalu cuba melintas. 

Penunggang lain yang datang dari arah kanan tidak sempat membrek motosikalnya lalu bertembung dengan motosikal putih tersebut. Mereka kemudian terjatuh dan motosikal itu mengalami sedikit kerosakan.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 6-4-2022 06:08 AM
Hoh! News picisan camni pun isu semasa ke

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.028041 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top