CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Kompromi Buat Peniaga Bazar, Jual Lebih Satu Sen Pun Tetap Salah!

6-4-2022 05:07 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 976| Komen: 1

Jual lebih satu sen daripada harga maksimum akan tetap dikira sebagai satu kesalahan bagi semua jenis barang kawalan. 

Itu amaran Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi susulan tindakan segelintir peniaga menaikkan harga ayam yang dikesan berlaku di Johor. 


Alexander Nanta Linggi ketika mengadakan program walkabout di Bazar Ramadan, di Putrajaya semalam. - UTUSAN/MOHD HUSNI MOHD NOOR

Menurut beliau, kerajaan menetapkan harga maksimum bagi barang kawalan idan ia perlu dipatuhi  peniaga di seluruh negara. 

Kata Alexander, tidak kira alasan diberikan kerana kementeriannya sudah membuat sekatan harga maksimum di pelbagai peringkat termasuk di ladang, pemborong dan peruncit. 

“Satu sen lebih pun sudah jadi kesalahan apa lagi jika dijual sehingga RM10 sekilogram, itu adalah kesalahan besar,” katanya ketika ditemui pada program walkabout di Bazar Ramadan, di sini hari ini. 

Beliau meminta pengguna supaya menyalurkan apa-apa aduan berkaitan kenaikan harga ayam  di tempat masing-masing supaya siasatan lanjut boleh dilakukan. 

Dalam pada itu, Alexander berkata, peniaga juadah Ramadan tidak sepatutnya menaikkan harga jualan kerana kebanyakan harga barang  mentah bagi keperluan buka puasa dan Hari Raya telah dikawal kerajaan melalui Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia sehingga 5 Jun depan. 

“Barang-barang tersebut termasuklah ayam, telur ayam, minyak masak sawit tulen, tepung gandum kegunaan am, gula, gas cecair memasak (LPG), RON95 dan diesel untuk pengangkutan,” katanya.

Sementara itu Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berkata, pemeriksaan akan dilakukan secara bergerak bagi memantau harga makanan di bazar Ramadan.


Ariffin ketika membuat tinjaun Ops Pantau Bazar Ramadan di Jalan Raja Alang Kampung Baru

“Bermula esok (Rabu), kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana peniaga yang melanggar etika perniagaan,” katanya.

Ariffin berkata, pihaknya akan memastikan kesemua peniaga bazar meletakkan tanda harga secara terperinci bagi mengelakkan pertikaian antara penjual dan pembeli.


Sumber: UTUSAN/Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 6-4-2022 10:14 AM
sudah la sembang je muntri2 ni..harga tu kasi turun la..ni minyak botol harga mahal nk mmpos..pastu ayam sekilo dekat rm9..telur gred D da nk dekat rm12..sembang cm sial lagi nk soh peniaga turun harga..patutnya barang mentah tu turun harga baru barang jualan bleh turun

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.026164 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top