CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bergaduh Sebelum Terbunuh, Anggota Tentera Maut Ditikam Isteri

5-4-2022 04:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3541| Komen: 32

Kota Samarahan: Seorang anggota tentera darat meninggal dunia selepas dipercayai ditikam oleh isterinya menggunakan pisau pemotong sayur di paha.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Sudirman Kram berkata kes dikesan selepas Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan menerima maklumat daripada Hospital Umum Sarawak (HUS) berkaitan seorang lelaki yang dibawa ke hospital untuk rawatan akibat cedera di bahagian peha akibat tikaman pisau.

Katanya hasil siasatan awal pihaknya mendapati berlaku pergaduhan antara mangsa, 28, dengan isterinya, 24, di kediaman mereka di Kem Penrissen, di sini, pada kira-kira jam 10.30 malam tadi.


Gambar Hiasan


"Akibat pergaduhan itu, pisau pemotong sayur yang digunakan oleh isterinya untuk menggertak mangsa tertikam pada bahagian paha suaminya menyebabkan berlaku pendarahan yang banyak.

"Mangsa kemudian dikejarkan ke HUS untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan HUS," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Sudirman, pasangan berkenaan mempunyai seorang anak.

Susulan itu, beliau berkata isteri mangsa seorang suri rumah kemudian ditahan di HUS kira-kira jam 2.24 pagi.

Turut dirampas sebilah pisau pemotong sayur dan pakaian suspek semasa kejadian.

Sudirman berkata suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Kota Samarahan untuk proses permohonan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Drmu 5-4-2022 04:50 PM
Oh tidak.. jgnla marah2 smbil pegang pisau ke pistol. Ikt kajian mmg klau marah pgg snjata pistoll ke ni blh tingkatkan kjadian bunuh
Quote rosmahisham 5-4-2022 04:54 PM
Edited by rosmahisham at 5-4-2022 04:59 PM

Tertikam kat peha pon blh bwk maut..ya Allah..x sangka..skrg ramai yg hilang kawalan pertimbangan..laki pon klu bini membebel tgh mrh jgn la  nk provoke lebih2..jgn tambah lg minyak bila bini tgh panass ..cer ckp baik2 lembutkn hati ckp maaf byk kali..lembut la hati bini tu..ni bini tgh mrh laki pon sama naik jerit2...mmg blh jd giler la bwk pisau bila hati dh panas!!
Quote Samerosie 5-4-2022 04:56 PM
Kat peha paling critical kalau tertikam sebab itu major blood vessels, mati sebab pendarahan teruk.
Quote manehnya 5-4-2022 05:03 PM
dari acah2 jd kes bunuh, bahaya betul... ishk takut aku
Quote batmana 5-4-2022 05:22 PM
kalau dh psgn bergaduh pegang senjata, report polis aja..

tak payah lawan, pasal psgn tu dh dirasuk setan nafsu bagai..
Quote Belibis 5-4-2022 05:23 PM
Tak lawan kang...member cakap takut binik pulakkk.sekali bini pulak over garang...mati la naakkkk.
Quote sharlenetexas 5-4-2022 05:30 PM
Makin angker kem tu.

Quote sukacactus 5-4-2022 05:42 PM
Mesti dia xsangka kan boleh tertikam sampai mati
Nak gaduh, gaduh mulut dah la
Yg siap pakai senjata ni korang xsayang ke pasangan korang
Quote caprut 5-4-2022 05:47 PM
rosmahisham replied at 5-4-2022 04:54 PM
Tertikam kat peha pon blh bwk maut..ya Allah..x sangka..skrg ramai yg hilang kawalan pertimbangan..l ...

Dk 1.5 liter blood loss klo dkt peha. Cmne tk bwa maut
Quote Artemesiaa 5-4-2022 06:20 PM
Kalau kes tikam je mesti berita dari belah sana
Quote cmf_premierleag 5-4-2022 06:22 PM
So laki dh mati ni mmg bini nya kompem ke dpt pencen tentera tu
Quote dodolgemok 5-4-2022 06:24 PM
Dh la kau tu suri rumah, gi pulak bunuh laki kau. Dh lepas ni kau meringkuk jel, anak kau terbiar ke mana? Cash lah bini sial sebegini!
Quote Decaffeinated 5-4-2022 06:25 PM
tetiber murni ja acik komen.

Quote syamzana 5-4-2022 06:28 PM
dasatnya bergaduh main tikam2 plak. bekeng beno bininya pun takdan abam tentera mengelak, ke alam barzakh perginya
sian anak tu, ayah mati mak masuk jail.
Quote namr 5-4-2022 06:29 PM
Gaduh laki bini pakai pisau
Quote xy_daen 5-4-2022 06:35 PM
Perempuan kalau datang bangang dia memang bawa mati terus
Quote exclusive_vvip 5-4-2022 07:18 PM
Seram nya baca berita gini..baru ni ada mamat courier mengaku suka kat i (dia xtau i dah kawen selama ni), mmg x berani la i nak citer kat my asben..
Quote capiloton 5-4-2022 07:20 PM
cmf_premierleag replied at 5-4-2022 06:22 PM
So laki dh mati ni mmg bini nya kompem ke dpt pencen tentera tu

pencen ape nyer,
seksyen 302 kalau sabit salah bakal kena hukum gantung sampai mati
Quote darkness 5-4-2022 07:21 PM
Peha kita ni ada salur darah utama yg mana bila tercedera boleh bawa maut. Sekali cedera, darah mencurah mcm paip.

Aku teringat org kampung aku tembak ikan dgn beberapa org ke laut menembak ikan. Malam tu tak lama pun..kiranya nak balik dah kalo tak silap. Pastu derang dengar dia teriak. Rupanya ikan serang dia tertusuk leher. Sempat dia genggam leher. Silapnya masa tu masing2 xtau first aid..si mati ni pula, dia lepas je tangan yg genggam leher tu berapa saat aje darah tu mencurah, dalam perjalanan ke hosp jugak dia meninggal. Dorang yg cerita kata darah tu keluar mcm air paip. Kesian bila dgr cerita tu

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.147644 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top