CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangkitan Aneh "Wabak Zombi" Serang Rusa di Kanada Dan Mampu Jangkiti Manusia?

5-4-2022 02:35 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 2386| Komen: 7|Original author: Agent13k

Baru-baru ini, di Universti Alberta, Kanada ada seorang penyelidik yang bernama Margo Pybus telah mendakwa satu jangkitan aneh dan mudah berjangkit merebak ke seluruh populasi Rusa di Barat Kanada. 

kredit foto: Fandom.


Petikan dari Vice World News, wabak zombi itu atau lebih dikenali sebagai "Chronic Wasting Disease" (CWD) adalah fenomena yang memberi kesan ekologi pemuliharaan dalam masa terdekat. Difahamkan, wabak ini mula merebak di sekitar Alberta dan Saskatchewan, Kanada.


Tambahan pula, rusa yang dijangkiti dengan penyakit ini akan menjadi lemah serta hilang rasa takut terhadap manusia, rusa itu akan jalan tidak teratur, perubahan tingkah laku dan akhirnya akan jadi lumpuh. Malahan, mereka memanggil "CWD" sebagai "wabak zombi" kerana penyakit ini boleh merebak melalui sentuhan haiwan ke haiwan lain melalui air liur ataupun air kencing.


Di samping itu, ada pakar mendakwa bahawa sesiapa yang memakan daging ataupun memburu rusa itu boleh terdedah dengan penyakit CWD. Juga, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) telah memaklumkan bahawa rusa yang diambil di kawasan itu perlu diperiksa terlebih dahulu dan jangan memakannya jika daging itu didapati positif dengan CWD. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 6-4-2022 05:46 AM
Allah hai... akhir zmn sggh
Quote sharlenetexas 6-4-2022 06:01 AM
Teringat Saskachewan, Saskatoon.

Quote kepompong 6-4-2022 06:46 AM
Vice World News biasanya fake?
Quote Adrif 6-4-2022 07:20 AM
rusa yang dijangkiti dengan penyakit ini akan menjadi lemah serta hilang rasa takut terhadap manusia, rusa itu akan jalan tidak teratur, perubahan tingkah laku dan akhirnya akan jadi lumpuh. Malahan, mereka memanggil "CWD" sebagai "wabak zombi" kerana penyakit ini boleh merebak melalui sentuhan haiwan ke haiwan lain melalui air liur ataupun air kencing.


maksudnya.. diorang ni mudah diburu pemangsa la kan?
kalau ikut logik tu, serigala, beruang, harimau, etc, jumlah pemangsa yang jadi zombie akan tinggi

kalau haiwan biasa jadi zombie, berani la jugak hempuk..
ni kalau tiba2 harimau jalan tengah kawasan perumahan, kawasan bandar, terkincit jugak la
Quote n3ar 6-4-2022 07:40 AM
macam cerita train to busan la... yg awal2 ada kereta langgar rusa yg jd zombi... rusa tu plak dapat dari pencemaran kilang kimia ke apa ntah
Quote Rockafella 6-4-2022 09:12 AM
rusa yang dijangkiti dengan penyakit ini akan menjadi lemah serta hilang rasa takut terhadap manusia, rusa itu akan jalan tidak teratur, perubahan tingkah laku dan akhirnya akan jadi lumpuh. Malahan, mereka memanggil "CWD" sebagai "wabak zombi" kerana penyakit ini boleh merebak melalui sentuhan haiwan ke haiwan lain melalui air liur ataupun air kencing.


Seperti... bukannya wabak zombie. Nak viral punya pasal, claim la benda tu macam zombie. Apa punya penyelidik level tiktokers
Quote faraway1 6-4-2022 09:27 AM
even kami kat canada pun tak keluar berita camni...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.189779 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top