CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Satu Lagi Kertas Siasatan Gangguan Seksual Dikaitkan Dengan Ebit Lew Sedang Disiapkan

5-4-2022 01:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4131| Komen: 45

Kuala Lumpur: Satu lagi kertas siasatan berhubung kes gangguan seksual yang dikaitkan dengan pendakwah terkenal, Ebit Lew kini sedang disiapkan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya sedang melengkapkan siasatan berhubung laporan yang dibuat di Semenanjung.

Menurutnya, siasatan dijalankan termasuklah mengesan saksi berhubung dakwaan itu.

Foto: Harian Metro

"Belum pasti bila akan didakwa, masih disiapkan siasatan lagi," katanya.

Sebelum ini, Ebit, 37, mengaku tidak bersalah selepas didakwa di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom, terhadap 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual.


Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Lew Ibrahim Lew didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan

Mahkamah kemudiannya menetapkan 20 hingga 23 April depan sebagai tarikh penyerahan dokumen, manakala tarikh perbicaraan ditetapkan pada Jun depan.

Ebit dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.

Untuk rekod, Ebit berdepan pertuduhan membuat penghantaran gambar dan perkataan lucah dengan bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp.

Semua pertuduhan adalah bagi kesalahan yang didakwa berlaku di daerah Tenom, Sabah antara Mac hingga Jun 2021 terhadap seorang perempuan Melayu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ayukpingu 5-4-2022 02:15 PM
sampai ke sudah takde apa2 tindakan....status kes yang lepas2  pun takde update langsung. NFA(no further action) ke?
Quote elzy 5-4-2022 03:15 PM
Edited by elzy at 5-4-2022 03:18 PM

Buka kertas siasatan ni bukan semudah buka fail kosong.. Kena lalui proses interrogation bagai..
Ini pula 11 pertuduhan tapi still cool bebas ke sana ke mari.. Apa pun tak sabar tunggu tarikh bicara Jun nanti..  
Quote renko 5-4-2022 03:37 PM
melolong2 la pencacai dia nnt
Quote piep 5-4-2022 04:28 PM
cepat2 la keputusan.. dia ni pandai rebut peluang. asal berita viral je terus.. dia siap dtg dulu.. trpaling awal.. padahal nak limelight sajor..
Quote anony-mous 5-4-2022 04:29 PM
Ikat jamin rm1k je utk setiap pertuduhan????
Quote awanearisu 5-4-2022 04:31 PM
lambatnya tarikh bicara
Quote darkness 5-4-2022 04:41 PM
piep replied at 5-4-2022 04:28 PM
cepat2 la keputusan.. dia ni pandai rebut peluang. asal berita viral je terus.. dia siap dtg dulu..  ...

Aku teringat penyanyi bernombor bagaiman dia kekalkan limelight tu kepada dia..sebiji dgn cara ebit lew. Benda ug popular dan hangat dia pasti menempel
Quote eyansss 5-4-2022 04:52 PM
penat je dia beli dua bijik kereta cash lagi siap potong queue sebab nak beli jiwa netizen…  alih2 dapat kertas siasatan baru…  hahaha…
Quote Nizleen86 5-4-2022 04:53 PM
Member dah siap bagi proton saga bagai dah
Jadi junjungan ummah semula

Well what to say???
Quote tikusmontok 5-4-2022 08:39 PM
darkness replied at 5-4-2022 04:41 PM
Aku teringat penyanyi bernombor bagaiman dia kekalkan limelight tu kepada dia..sebiji dgn cara ebi ...

Sebijik kan...tu yang acik2 kertu pondan2 gergaz  penyembah2 dia bangga sgt
Quote imanjannah 5-4-2022 08:43 PM
perodua bezza tersenyum kambing
Quote darkness 6-4-2022 07:28 PM
tikusmontok replied at 5-4-2022 08:39 PM
Sebijik kan...tu yang acik2 kertu pondan2 gergaz  penyembah2 dia bangga sgt

Sebijik sgt2...aku tak heran ebit ni banyak pemuja seperti penyanyi bernombor tu
Quote kitmal 6-4-2022 07:52 PM
mmmmm  sampai sekarang tak da apa apa.....gempak
Quote jari10 6-4-2022 08:00 PM
darkness replied at 5-4-2022 04:41 PM
Aku teringat penyanyi bernombor bagaiman dia kekalkan limelight tu kepada dia..sebiji dgn cara ebi ...


Tapi yg ni versi agak jijik la..disebabkan dia ni suka terjah tak tentu hala, ada pihak yg kaw2 kena kecam ..sudah la gitu pastu buat bodo je walhal byk damage kot yg dia tinggalkan..moral mana moral?
Quote Babai 6-4-2022 08:14 PM
darkness replied at 6-4-2022 07:28 PM
Sebijik sgt2...aku tak heran ebit ni banyak pemuja seperti penyanyi bernombor tu

Penyanyi bernombor?
Quote Babai 6-4-2022 08:16 PM
renko replied at 5-4-2022 03:37 PM
melolong2 la pencacai dia nnt

Kan hahahahaha
Quote Orenn1 6-4-2022 08:31 PM
darkness replied at 5-4-2022 04:41 PM
Aku teringat penyanyi bernombor bagaiman dia kekalkan limelight tu kepada dia..sebiji dgn cara ebi ...

dia ajak duettt kheenn. Satu lg si gemsselatan, siapa tgh popular mesti tgh g mengadap dia.. cth ss n ebetlew, diacpun nak menempelll
Quote Babai 6-4-2022 08:36 PM
renko replied at 5-4-2022 03:37 PM
melolong2 la pencacai dia nnt

Kan hahahahaha
Quote darkness 6-4-2022 09:48 PM
Orenn1 replied at 6-4-2022 08:31 PM
dia ajak duettt kheenn. Satu lg si gemsselatan, siapa tgh popular mesti tgh g mengadap dia.. cth s ...

Rupanya aku tak bersorangan pikir begitu. Dr zaman misha, zahid dan beberapa artis yg tak sedar diri dipergunakan. Sudahnya, yg popular tu tenggelam tak timbul2, dia kekal pujaan tp ada pernah beberapa ketika dia tenggelam sekejap tp atas berkat idea ni dia sentiasa org nampak dlm imdustri. Jap, sapa gemselatan uols? Aku kenal gem hongkong je

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.323210 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top