CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Tua Tak Taubat-Taubat, Warga Emas Islam Kena Cekup Beli Nombor Ekor

5-4-2022 01:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2285| Komen: 28

IPOH - Warga emas berusia 65 tahun antara 10 umat Islam yang ditahan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dalam Operasi Judi yang dijalankan serentak di seluruh negeri di sini.


Operasi bermula jam 2 petang pada Sabtu itu menyasarkan premis-premis perjudian dan nombor ramalan yang dikesan menjadi tumpuan orang ramai.

Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, kesemua lelaki berusia lingkungan 25 hingga 65 tahun itu ditahan ketika sedang leka membeli nombor ramalan di premis-premis terbabit.


Foto: JAIPk

"Penahanan dibuat di bawah Seksyen 26 Enakmen Jenayah (Syariah) Negeri Perak 1992 atas kesalahan berjudi atau berada di premis perjudian.


"Walaupun ada antara mereka memberi helah dan cuba melarikan diri, namun tidak berjaya kerana ditahan semasa berada di dalam premis," katanya di sini pada Selasa.


Foto: JAIPk

Beliau berkata, operasi judi itu antara langkah pencegahan yang dilaksanakan JAIPk untuk mengekang aktiviti perjudian kalangan orang Islam terutama dalam bulan Ramadan. -CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikdot 5-4-2022 02:35 PM
last kopek sebelum puasa agaknya. dengan harapan dapat jackpot sebelum raya
Quote Drmu 5-4-2022 02:41 PM
Minta zakat je.. jgnla cari duit harom. Sambil2 Tu, klau masih mmpu bekerja.. jual la air dlm balang. Modal skit. untung pun dah okaylah kan
Quote Artemesiaa 5-4-2022 02:42 PM
Time bukan bulan posa pun ramai je mereka disitu jadi jangan rajin kerja time posa je.
Quote mohamad134 5-4-2022 02:48 PM
Tak tau nak kata apa kesian la jugak.. golongan2 macam ni terbuang..di saat kini Malaysia mahu berubah ke arah menjadi negara islam, mereka ni masih dengan tingkah laku dari masa Malaysia yang dahulu di mana mengamalkan cara hidup sekular.
Quote bulalof 5-4-2022 02:50 PM
raid la sama kedai mesin.
Quote afie_m 5-4-2022 03:10 PM
AGAKNYA yg slalu ke situ..bila kumpul duit tu dah banyak kot diaorang simpankan..
Quote renko 5-4-2022 03:39 PM
kwsp xde ke
Quote sharlenetexas 5-4-2022 03:40 PM
Kubur asing2 kan.

Quote Supersirap 5-4-2022 03:49 PM
Mana tau nombor ada sangkut, lega duit belanja raya ada
Quote Lagubestbest 5-4-2022 10:16 PM
sharlenetexas: Kubur asing2 kan.


cahaya kubur takleh share. kesian la saudara kita gak kot.

Quote kakikuDibibirmu 5-4-2022 10:23 PM
Malaysia semakin hari semakin menuju ke arah negara Taliban
Quote abangbikerz 5-4-2022 10:37 PM
hancur malaysia ni klu diperintah puak2 agama. memerintah xreti, bangunkan ekonomi xreti melainkan potong balak. yg die reti hanyalah menyibuk hal dalam kain org. puak2 agama xsedar gaji yg depa dapat tu pon asalnya dari kegiatan ekonomi yg wujud sbb secularism.
Quote namr 6-4-2022 12:27 AM
Tua renta camtu takleh buat apa dah, dah jadi buluh pun..biar lantak la dia situ
Quote Orenn1 6-4-2022 01:04 AM
Masalahnya msia ni hipokritttt, duit rasuahh haram tp ramaii yg ambikkk, bila org tua ni beli loteri pakaiii duit sendiri kecoh haram sana sini masokkk paperr bagaiiii phuiiii
Quote esprito193 6-4-2022 01:23 AM
sibuk dgn dosa pahala org lain je jabatan agama nih. Bukannya diorang mencuri merompak pun
Quote she 6-4-2022 01:44 AM
Bior ler depa nak membeli
Bukan depa g merompak meragut orang dalam kedai nombot tu pun

Hihi done bekap sikit
Quote ultra78 6-4-2022 05:31 AM
Kenapa orang kata bila dah tua kena bertaubat? Bila dah umur sebegitu mmg dah jadi tabiat dan payah nak berubah dah,umpama hisap rokok.
Quote sukacactus 6-4-2022 06:02 AM
Old habits die hard org kata
Mmg betul pun
Dah jd amalan dia dah, susah nak ubah
Quote mandear11 6-4-2022 06:18 AM
saya nak tanya....contoh la...gaji RM3k..dia pi beli seminggu skali je...RM1 je...suka2 la katakan...haram juga ke? setakat RM 1 tak dia rugi kan...duit sebtg rokok la...dia try labur..hehehehe....ataupun...dia jadi haram kalau kena number tu?? duit tu haram? atau perbuatan tu yg haram>?
SORRY ..Saya tak tau saya tanya....New muslim...

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.217176 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top