Dungun: Kanak-kanak lelaki diselamatkan selepas terperangkap di dalam bahagian pengering mesin basuh di rumahnya di Kuala Paka, malam tadi.
Mangsa, 4, dikeluarkan oleh anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka, 9.30 malam tadi. Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II Azman Alias berkata, sebelum kejadian, kanak-kanak terbabit dikatakan cuba mengambil lampu suluh miliknya yang terjatuh ke dalam mesin basuh terbabit. "Mangsa masuk ke dalam mesin basuh terbabit sebelum tersangkut pada bahagian pengering mesin basuh separa automatik itu.
"Mangsa yang tersangkut dari bahagian kaki hingga pinggang menyebabkan pihak kami terpaksa memotong dram mesin basuh terbabit menggunakan peralatan khas," katanya. Katanya, kanak-kanak itu bagaimanapun berjaya dikeluarkan setengah jam selepas itu. "Mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan itu kemudianya diserahkan kepada ahli keluarga," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
redz85 replied at 5-4-2022 12:53 PM
budak tu nampak takde lah gemuk.. bahagian kering tu kecik eh? heran juga boleh sangkut
MrCody replied at 6-6-2022 10:24 AM
bahaya nya mcm ni kan.. lgi2 kalau top load ni diorg nak keluar balik, tinggi... at least kalau fron ...
Khalidmimi replied at 6-6-2022 10:28 AM
Nsib baik lerr bdknye slmt.. Naya lerr klu ada kaki ke tgn putus.. Msin bsuh ni eloknya letk tmpt ...
awefarr8 replied at 6-6-2022 10:31 AM
hampir jgk jadi kt sya. sbb ada adik kecik jgak time tu.. dia mmg suka tgk mak bsuh baju kan.. mun ...
Khalidmimi replied at 7-6-2022 04:43 PM
Bhye la cmtu.. bkn ape kite ni tersilap pndg skit, budk mmg merayau dh kemana.. Front load lgi bgu ...
ADVERTISEMENT