CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menantu Tertekan- Mak Mentua Pandai-Pandai Suap, Paksa Bagi Air Masak Pada Bayi Umur 2 Bulan

5-4-2022 12:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1740| Komen: 13

Fasa selepas menimang cahaya mata merupakan detik paling getir dalam kehidupan setiap pasangan.

Malah, masyarakat kita juga popular dengan pelbagai mitos serta pantang-larang melibatkan bayi serta ibu yang sedang berpantang.


Turut menjadi perdebatan sejak sekian lama tentunya tindakan segelintir individu yang mula memberikan air masak kepada bayi mereka sebelum mencecah usia enam bulan.


Gambar Hiasan, Foto: Unsplash.com

Dalam satu perkongsian di Facebook, Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Imelda Balchin menasihatkan orang ramai agar menghentikan perbuatan itu kerana ia membawa kesan yang tidak baik untuk si cilik.


Dr Imelda membuat teguran tersebut susulan perkongsian mesej seorang wanita, mendakwa tertekan gara-gara sikap ibu mentuanya yang sering memberikan air masak kepada bayinya yang baru berusia dua bulan.


Imelda Bachin

"Jangan beri bayi minum air masak sebelum usia enam bulan. Saya nak beritahu anda semua sebab-sebabnya. Sila share beramai-ramai, semoga semua ibu mentua mendapat ilmu pengetahuan ini.

"Pertama, badan bayi tak sama dengan badan orang dewasa. Kandungan air dalam badan bayi memang lebih tinggi berbanding badan orang dewasa. Lebih kurang 55 peratus berat badan orang dewasa ialah air, tetapi 75 peratus berat badan bayi ialah air. Maka bayi tidak perlu minum air seperti orang dewasa.

"Kedua, kandungan susu ibu ialah 88 peratus air dan rendah garam. Susu ibu mengandungi semua keperluan air dan garam untuk bayi. Susu ibu ialah kurniaan Allah yang terbaik untuk bayi. Tak perlu lagi tambah air masak untuk bayi sebelum usia enam bulan yang belum boleh makan," ujarnya.


Tambah Dr Imelda, dia juga melarang mana-mana ibu memberi susu lembu asli mahupun susu kambing kepada anak kecil yang belum mencecah usia setahun kerana kandungan garam yang tinggi.

Jelasnya, susu formula yang dirumuskan khas untuk bayi merupakan alternatif yang lebih baik kerana kurang kandungan garam dan mengandungi protein yang mudah untuk dihadam oleh bayi.

"Saya juga melarang ibu-ibu memberi air masak kepada bayi sebab ini boleh menyebabkan terlalu banyak air dan kekurangan garam di dalam darah bayi, iaitu water intoxication. Ketiga, perut bayi sangatlah kecil dan tak boleh minum banyak-banyak sekaligus. Dia boleh ambil sedikit saja pada satu masa, sebab itulah cepat lapar semula.

"Sebab itulah bayi perlu minum susu ibu sedikit-sedikit tetapi dengan kerap. Bayi perlukan protein susu ibu dan khasiat di dalam susu ibu untuk membesar. Di dalam air masak tidak ada apa-apa khasiat, tiada zat dan tiada protein. Jika anda penuhkan perut bayi dengan air masak, dia akan tak lalu minum susu ibu sebab perut dia sudah dipenuhkan dengan air. Ini boleh menyebabkan bayi kekurangan nutrisi penting untuk membesar dengan sihat.

"Keempat, untuk payudara ibu membuat susu dengan banyak, ini memerlukan stimulasi daripada bayi. Lebih banyak kali ibu menyusukan bayi, maka ada lebih stimulasi untuk payudara ibu membuat lebih susu mengikut keperluan dan permintaan bayi. Inilah dinamakan supply by demand. Jika anda dah bagi air masak kepada bayi dan bayi dah kenyang dengan air, maka bayi tidak akan mahu menyusu, akibatnya ialah payudara ibu pun akan tidak membuat banyak susu," ujarnya panjang lebar.


Loading FB Post...

Tambah Dr Imelda, bayi juga tidak perlu diberi air masak kerana mereka belum makan makanan pejal seperti orang dewasa yang mengandungi kandungan garam semulajadi lebih tinggi berbanding susu ibu.

Malah katanya, tindakan memberi air masak juga boleh menyebabkan darah bayi menjadi cair, sehingga membawa risiko hyponatremia, sel-sel badan tidak boleh berfungsi, termasuklah sel otak, sel otot dan sel jantung.

"Buah pinggang bayi sangatlah kecil, belum lagi matang dan belum boleh lagi berfungsi seperti buah pinggang orang dewasa. Buah pinggang bayi tak boleh tapis terlalu banyak air untuk membuat banyak air kencing seperti orang dewasa. Jika orang dewasa minum banyak air maka lebih banyak air ditapis keluar sebagai air kencing.

"Tetapi buah pinggang bayi belum lagi boleh berfungsi sepenuhnya. Buah pinggang bayi tak boleh proses terlalu banyak air. Akibatnya ialah jika anda beri bayi minum air masak, darah bayi akan menjadi cair sebab terlalu banyak air berkumpul di dalam darah dan tidak dibuang oleh buah pinggang. Inilah dinamakan water intoxication.

"Apakah komplikasi water intoxication? Apabila kepekatan garam di dalam darah menjadi terlalu rendah atau cair, iaitu hyponatremia, sel-sel badan tidak boleh berfungsi, termasuklah sel otak, sel otot dan sel jantung. Akibat water intoxication ialah sawan, kelemahan badan, muntah berlebihan, kerosakan otak, koma dan kematian.

"Orang dewasa pun boleh dapat water intoxication, sawan dan kematian jika minum enam liter air sekaligus, tetapi bayi yang baru lahir boleh dapat water intoxication jika diberi minum air masak walaupun hanya sedikit. Kalau nak bancuh susu formula pun, ada arahan penting tentang sukatan yang perlu diikut.

"Jangan sengaja bancuh susu formula dengan terlebih air. Pesanan saya yang terakhir, apa yang bagus untuk anda, jika diambil dengan berlebihan boleh menjadi racun. The dose makes the poison," ujarnya.

Perkongsian Dr Imelda menerusi Facebook turut menerima lebih 4,000 tanda suka (likes) dan dihujani pelbagai komen netizen.

"Alamak anak saya semua minum air kosong masa baby. Sorry anak-anak mama. Orang tua-tua dulu cakap lepas menyusu kena bilas dengan air kosong. Saya akan pastikan kesilapan ini tak berulang kepada cucu-cucu saya nanti. Terima kasih Dr Mel.

"Nurse kat Klinik Kesihatan (KK) pun tak larat pesan dah benda ni tapi ada juga yang buat.

"Allahuakbar... mentua tu yang ada masalah sebenarnya," tulis beberapa netizen. -CARI

Sumber


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 5-4-2022 12:47 PM
Masa ank2 aku babies dl alhamdulillah xde sesapa masuk campur cara aku bela ank
Cuma arwah bapak mentua aku la dl ada skali dia gi suap ank aku rendang, masa tu belum pun setahun.
Aku mmg jaga betul no sugar, no salt, no artificial flavour selagi xumur 2 tahun, semua xboleh
Quote lattehazelnut 5-4-2022 12:51 PM
Rasa mcm byk mak2 yg tua sikit, bg susu lepas tu air..
Quote kotakbaju 5-4-2022 01:00 PM
Bila tegur kang kata dulu2 masa ngasuh si polan polan zaman dulu kala elok ja bagi minum ayaq suam kat baby pastu ada aku dengaq cita siap suap moi nasik lagi kat baby 1 2 bulan.
Quote Artemesiaa 5-4-2022 01:02 PM
Kes dah banyak kali dilapurkan saban tahun dan terus berulang
Quote Suchi 5-4-2022 01:20 PM
Iols dulu risau nak g solat nk tinggalkan kejap kat sedara mara sbb menda2 gini la
Tau2 anak duk makan bahulu la sekut itu inilah.
Apa2 hal kena tanya mak ayah dia dulu sblm nk sumbat apa2 mknn org. Kalau ada alergik bahaya kot.
Quote Gomea 5-4-2022 02:35 PM
Aku tengah mengalaminye sekarang ni
Mertua aku suka sumbat makanan merepek2 kat anak aku. Aku masak untuk anak aku, aku tak letak garam, dia suruh letak kicap pulak

Aku biarkan ank aku makan sendiri sepah2, tapi dia ingat budak tu takmo makan pulak bila budak tu main2 dengan makanan
Quote Gomea 5-4-2022 02:35 PM
Edited by Gomea at 5-4-2022 02:37 PM

*Double post*
Quote xtinkerbellx 5-4-2022 04:25 PM
Mertua aku pon suh bg baby mkn la, minum air masak la. Masa tu anak aku 5 bulan pon tak sampai lg. Terus aku tunjuk artikel2 pasal bahayanya bg baby makan minum kat suami. Biar suami aku yg nasihat mak dia sendiri. Alhamdulillah mertua aku dengar
Quote anony-mous 5-4-2022 04:31 PM
Bg aku kalau mertua tu jauh, xpayah layan, tp klau duduk serumah, dah tau laki tu x mau sewa rumah lain, kenapa proceed kahwin? Hadap je la dah menumpang tu mmg susah
Quote missyL 5-4-2022 10:47 PM
Nape la ade mak mentua mcmnie.
Huuuu
Igt sng ke nk beranak.
Mengandung je dah 9bln

Biar la die bg mkn sendiri bby die hish
Quote mbhcsf 5-4-2022 10:52 PM
Edited by mbhcsf at 5-4-2022 10:56 PM

my god.

iktibarnya ialah anda sendiri yg nak jadi ibu persiapkan diri dengan membaca buku buku penjagaan bayi, kehamilan atau perkembangan budak.

dah semua mostly graduate uni kan dalama abad ke 21 kan?

so guna otaklah
macam ni lah anak tu anak you, yg berhak ialah you , forsaken all the mentua and the mak cik bawang semua..


tolong guna otak. just get a thick book yg cakap pasal penjagan anak2 - diri dan sebagainya, kat Kino pun i lihat ade. awat kata mahal ? sedangkan masa nak menikah belanja hantaran tak penting boleh berhutang bank? masa nak cari ilmu berkira and buat garu kepala? sorry lah.

bila bab bab jaga diri dan anak anak selepas bersalin ni , i tengok budaya timur ni dia banyak cekadak lah walhal bukan disease pun, dok rumah sendiri lah bila bersalin, mertua dominan  pun tengok tengoklah bab mane , kalau mai bab safety anak pun kita let mertua then  susahlah macam ni.

i wonder kan kenapa mahu habiskan duit maha mahal hantaran bagai sedangkan ilmu macam ni tak nak cari?


Quote @pip98 6-4-2022 12:29 PM
Nasib baik saya jumpa forum ni. Makin bertambah ilmu saya. Terima kasih sebab berkongsi
Quote cmf_premierleag 6-4-2022 12:31 PM
Duk serumah dgn MIL ke?
Elok lg andartu stay single duk rumah sendiri je.takde sapa nak kaco

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.170807 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top