Pelakon dan pengacara, Mira Filzah dilantik secara rasmi sebagai duta jenama untuk Coway Malaysia. Dengan Mira menjadi sebahagian daripada keluarga Coway, Syarikat Best Life Solution berharap kolaborasi ini akan mengukuhkan kedudukan jenama Coway di Malaysia dan menyediakan pengalaman yang lebih indah.
“Kami teruja kerana selebriti kesayangan Malaysia ini sudi menjadi sebahagian daripada keluarga kami dan kami yakin Mira sesuai menggalas tanggungjawab sebagai duta jenama Coway Malaysia. Mira bukan sahaja telah menempa nama di pentas seni tanah air, tetapi dia juga mempunyai ramai peminat dan pendiriannya sejajar dengan semangat ‘Cowayian’ kami. Kami menjangkakan kerjasama ini akan dipenuhi dengan keterujaan, terutamanya daripada pelanggan setia kami yang juga merupakan peminatnya.
"Berganding dengan Mira, kami di Coway akan terus menambah baik kehidupan seluruh rakyat Malaysia demi masa depan yang lebih sihat, mesra alam dan indah,” kata Kyle Choi, Pengarah Urusan Coway Malaysia. Sebelum ini, Mira juga berpeluang untuk menjadi Cody (Coway Lady) untuk sehari, di mana dia mengikuti seorang Cody untuk menjalankan servis produk di rumah pelanggan. Hanya dengan menjadi seorang Cody untuk sehari, beliau dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengikutnya tentang peluang pekerjaan ini yang amat sesuai bagi ibu-ibu tunggal dan juga ibu yang mempunyai anak kecil di rumah. Memandangkan Mira kini berbadan dua dan bakal memulakan lembaran baharu dalam hidupnya, beliau adalah orang yang paling ideal untuk berkongsi bagaimana Coway memainkan peranan dalam menambah baik kehidupan sehariannya semasa hamil dan juga kehidupan baru keluarganya pada masa depan. Sumber: Murai
|
ultra78 replied at 1-4-2022 08:35 AM
kenapa panggil dia basic? tak faham
dua_chzy replied at 1-4-2022 02:46 PM
Tak faham sampai sekarang kenapa Mira Filzah sangat dibenci warga porem.
jas7512 replied at 1-4-2022 08:39 AM
Pd pendapat i..1 sbb x pandai berlakon..kedua wajah sgt basic tapi blh popular banget.....so ada y ...
dua_chzy replied at 1-4-2022 04:41 PM
Kesian juga Mira sebab ai tak faham mengapa sheol sangat dibenci padehal kacau laki orang pun tida ...
JunkMail replied at 1-4-2022 04:48 PM
Aku ingat Coway cuckoo ni bayar sekali je. Macam beli water filter tu.. ropanya kena bayar bulan2. E ...
dua_chzy replied at 1-4-2022 02:46 PM
Tak faham sampai sekarang kenapa Mira Filzah sangat dibenci warga porem.
dua_chzy replied at 1-4-2022 04:41 PM
Kesian juga Mira sebab ai tak faham mengapa sheol sangat dibenci padehal kacau laki orang pun tida ...
ADVERTISEMENT