CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Separuh Daripada Semua Kehamilan Di Dunia Adalah Tidak Diinginkan

1-4-2022 12:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 943| Komen: 3

NEW YORK – Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) menyatakan kelmarin bahawa hampir separuh daripada semua kehamilan di dunia adalah tidak diinginkan, lapor laman berita Wion News.


Menerusi laporan baharunya, UNFPA menyatakan, daripada 121 juta kehamilan tidak diinginkan yang berlaku setiap tahun, lebih 60 peratus berakhir dengan pengguguran. 

UNFPA menyatakan, laporannya adalah bukan mengenai ‘bayi tidak diinginkan’ tetapi bagaimana kombinasi faktor seperti ketidaksetaraan gender, kemiskinan, keganasan seksual dan kekurangan akses kepada kaedah pencegah kehamilan menafikan hak wanita untuk hamil atau sebaliknya.

Perang di Ukraine dan konflik lain dijangka memacu bilangan kehamilan tidak diinginkan menjadi lebih tinggi dengan keganasan seksual turut meningkat, manakala akses kepada kaedah pencegah kehamilan pula terganggu, kata laporan berkenaan.


Gambar Hiasan

“Kami telah mendengar cerita daripada wanita-wanita mengandung yang sedar bahawa mereka tidak mempunyai makanan mencukupi untuk menyokong kehamilan mereka.

“Terdapat juga pemangsa dan penyeludup manusia yang mengambil peluang daripada perang yang berlaku untuk menyasarkan wanita dan gadis,’’ kata pengarah eksekutif UNFPA, Natalia Kanem kepada agensi berita AFP.

Tambah Kanem, kajian menganggarkan lebih 20 peratus wanita pelarian di seluruh dunia menjadi mangsa keganasan seksual dan beliau yakin jenayah itu kurang dilaporkan kerana terdapat banyak stigma mengenainya.

Walaupun data sukar diperoleh disebabkan perang Ukraine baru mencecah usia sebulan, katanya, konflik di Afghanistan dijangka membawa kepada 4.8 juta kehamilan yang tidak diinginkan  menjelang 2025.

Pandemik Covid-19 pula didakwa sangat mengganggu bekalan pil pencegah kehamilan yang membawa kepada sehingga 1.4 juta kehamilan  tidak diingini pada tahun pertama penularan konoravirus, kata UNFPA. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 1-4-2022 04:35 PM
Menerusi laporan baharunya, UNFPA menyatakan, daripada 121 juta kehamilan tidak diinginkan yang berlaku setiap tahun, lebih 60 peratus berakhir dengan pengguguran.
Quote tikusmontok 1-4-2022 08:12 PM
12.31 sampai 4.35 ptg tarak respond ke bhai?
Quote Punat_button 1-4-2022 08:36 PM
dulu2 zaman takde pil perancang hampir semua kehamilan tak diingini dek

mak bapak mencret sambil berdoa jgnlah ko lekat penat beranak tak hilang lagi ya



Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.084382 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top