CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Tinggalkan Budak Autisme Dalam Van Sampai Mati

1-4-2022 12:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2951| Komen: 8

SEREMBAN – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pengabaian sehingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan autisme, Oktober tahun lalu.


Bagaimanapun, tertuduh, Mohd. Nazree Uzir, 35, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Nazree didakwa melakukan kesalahan pengabaian dan meninggalkan kanak-kanak dalam jagaan serta kawalan di dalam sebuah van jenis Kia Pergio miliknya sehingga mendatangkan kematian seorang kanak-kanak, Nur Kasrena Darwisyah Mohd. Khairul berusia sembilan tahun.


Foto: Kosmo


Kesalahan itu dilakukan dalam sebuah van yang berada di hadapan rumah di Jalan Nusari Bayu 5/1, Taman Nusari Bayu 2, Bandar Seri Sendayan di sini di antara pukul 2.45 hingga 5.30 petang, 12 Oktober 2021

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak dibenarkan mengganggu keluarga mangsa sehingga kes selesai dan kes akan disebut semula 9 Mei depan.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 1-4-2022 04:36 PM
Mengikut pertuduhan, Mohd. Nazree didakwa melakukan kesalahan pengabaian dan meninggalkan kanak-kanak dalam jagaan serta kawalan di dalam sebuah van jenis Kia Pergio miliknya sehingga mendatangkan kematian seorang kanak-kanak, Nur Kasrena Darwisyah Mohd. Khairul berusia sembilan tahun.
Quote akies 1-4-2022 07:46 PM
Arwah ni naik van lelaki ni ke?
Quote Punat_button 1-4-2022 08:33 PM
autisme tak pandai buka pintu ka tingkap ka dek?

Quote Adrif 2-4-2022 12:43 AM
Forgotten Baby Syndrome?
Quote manehnya 2-4-2022 07:52 PM
Dh autism, knp parent x hntr sendiri
Quote MissVixen 2-4-2022 08:04 PM
Innalillah. Kesiannya
Quote blackberry❤ 2-4-2022 08:25 PM
Autism mmg xboleh berpk..xboleh slhkn mereka..sian arwah..syurga menanti buat mu..
Quote lasagnaklcc 2-4-2022 08:51 PM
Ada search laki ni owner taska jugak sbnrnya. Walau tak sengaja tapi tetap cuai.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.088984 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top