CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Lari Dari Rumah Akibat Didera, Tak Diberi Nafkah Tidak Dikira Nusyuz

1-4-2022 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1539| Komen: 8

Seorang wanita yang keluar atau lari dari rumah tidak dijatuhkan hukum nusyuz sekiranya ia berkaitan dengan keselamatan mahupun kebajikan.

Menjelas perkara itu, Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli berkata, isteri tersebut berhak meninggalkan rumah yang didiami bersama suaminya jika dia menjadi mangsa dera ataupun nafkahnya diabaikan.

Beliau berkata, nusyuz bukan kata-kata yang dilafazkan atau hak suami, malah ia akan diputuskan oleh pihak mahkamah.


Foto: Kosmo

“Kalau anda (isteri) keluar rumah pastikan ada sebab, sebagai contoh terancam nyawa, keluar untuk mencari sumber pendapatan bagi rezeki sendiri ataupun suami mengabaikan nafkah isteri.


“Jadi dengan faktor-faktor seperti ini anda tidak boleh disabitkan nusyuz. Kalau dah kena pukul selalu takkan nak stay (hidup bersama) lagi,” ujarnya di Facebook.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, wanita seperti itu perlu keluar dari rumah untuk mendapatkan perlindungan.

“Jika dia (isteri) dipukul dia perlu keluar untuk mendapatkan rawatan dan membuat laporan polis. Begitu juga jika nafkah diabai dia perlu keluar untuk mencari rezeki sendiri.

“Islam tidak pernah menzalami seseorang wanita dengan tidak membenarkannya keluar rumah walaupun pernah dipukul dan tidak pernah diberikan nafkah. CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 1-4-2022 04:37 PM
“Kalau anda (isteri) keluar rumah pastikan ada sebab, sebagai contoh terancam nyawa, keluar untuk mencari sumber pendapatan bagi rezeki sendiri ataupun suami mengabaikan nafkah isteri.

“Jadi dengan faktor-faktor seperti ini anda tidak boleh disabitkan nusyuz. Kalau dah kena pukul selalu takkan nak stay (hidup bersama) lagi,” ujarnya di Facebook.
Quote matbad 3-4-2022 08:43 AM
tp ramai ja yg stay bila kena pukul hihi
Quote ninja boy 3-4-2022 03:19 PM
Ais kacang sedappp ada cincau kacang merah jagung manis sirap susu cendol gula kundur buah kabung gula melaka mata kucing  longan
Quote lattehazelnut 3-4-2022 05:34 PM
Lelaki still hidup aman2 je
Quote hasniey 3-4-2022 08:35 PM
Edited by hasniey at 3-4-2022 08:37 PM

Ni yg org jantan suka guna kan.sikit2 jatuh nusyuz.yg dia hidup xendahkan anak bini xfikir pulak dosa pahala.
Bini nk keluar cari duit.balik rumah mak bapak sbb kena dera.yg dia sibukkan nusyuz sana sini.keluarga perempuan pon ramai mcmni.anak dh nak mati kena belasah suruh brdamai lagi dgn laki.sbb xnk anak dia nusyuz
Quote green~tea 3-4-2022 11:07 PM
Mohon humban ini tered ke bod Family Discussion
Quote stania83 3-4-2022 11:13 PM
undang undang arab mmg berpihak pada lelaki sbb scholar semua lelaki, masakan description syurga seolah lelaki lelaki yg cipta syurga..menala bidadari virgin???
Quote gideoncross 4-4-2022 02:02 AM
matbad replied at 3-4-2022 08:43 AM
tp ramai ja yg stay bila kena pukul hihi

Asalkan berlaki kekdahnya, nnti x brlaki, society plak asek mnyibuk.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.299064 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top