Tawau: Pengamal perubatan kerugian sebanyak RM747,000 selepas diperdaya sindiket penipuan Macau Scam di sini, Januari lalu.
Kejadian bermula pada 27 Januari apabila lelaki berusia 30 tahun itu menerima panggilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa namanya digunakan untuk mengambil ubat di hospital lain. Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Bin Hussin berkata, mangsa pada mulanya berasa sangsi dengan panggilan telefon itu namun sindiket terbabit turut menyamar sebagai anggota polis. Menurutnya, 'polis' terbabit bertindak meyakinkan mangsa bahawa kononnya mendakwa mangsa terbabit dengan kes pengubahan wang haram selain terbabit dengan kegiatan penyeludupan dadah.
"Mangsa kemudiannya diminta memberi maklumat kad kad bank dan perbankan dalam talian bagi tujuan semakan lanjut selain mengenal pasti sama ada mangsa terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram. "Akibat terpedaya dengan helah sindiket berkenaan dan kemudiannya membuat 16 transaksi pemindahan wang kepada akaun milik individu tersebut," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini. Jasmin berkata, mangsa yang menyedari dirinya tertipu kemudiannya tampil membuat laporan polis pada 18 Mac lalu dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan. Beliau mengingatkan kepada masyarakat agar lebih berhati-hati dengan helah atau apa juga taktik penyamaran oleh sindiket Macau Scam ini. "Orang ramai juga diingatkan bahawa dalam sistem negara ini sesuatu institusi kerajaan tidak mempunyai hak untuk menyambungkan panggilan kepada agensi kerajaan lain dalam satu panggilan yang sama," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
hareeeesah replied at 1-4-2022 10:54 AM
Pengamal perubatan ni DR ke dukun? Byk btol duit dia
musangbodoh replied at 1-4-2022 11:43 AM
mcm2 cite....scammer xdpt cekup juga...ape yg mcmc buat???
btw dari no tepon boleh cari data,isp, d ...
ADVERTISEMENT