Resah gara-gara permohonan ikat jamin ditolak, penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas dakwaan mengedar dadah cuba mengemukakan rayuan secara peribadi.
Ketika berada di kandang orang kena tuduh (OKT), Yasin, 47, secara tiba-tiba menyatakan kebimbangannya tentang masalah kesihatan yang dialaminya kepada Majistret Zhafran Rahim Hamzah. Sambil memegang sekeping kertas putih, Yasin bersuara kepada mahkamah. "Saya ada ubat yang diberikan, tapi khuatir bila-bila masa kesihatan terjejas.
"Saya risau crack dan gila seperti berlaku tiga kali sebelum ini," katanya pada Khamis. Situasi itu berlaku selepas pihak pendakwaan dan pembelaan selesai mengemukakan hujah masing-masing. Sejurus selepas Yasin bersuara, peguam belanya Yusmadi Yusoff sekali lagi mengulangi hujahnya sebelum itu tentang masalah kesihatan dan rawatan yang perlu diberikan kepada anak guamnya. Sementara itu ketika ditemui di luar mahkamah, Yusmadi memaklumkan bahawa Yasin menghidap bipolar tahap kronik sehingga boleh menjejaskan kesihatan dirinya. "Dia melalui proses perubatan sejak tahun 2009 termasuk pernah dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). "Namun dia tak bercerita dekat orang fasal tahap kesihatannya. Itu yang bagus fasal dia. "Proses perubatan itu berterusan sampai sekarang termasuk di hospital lain. Hak rawatannya perlu dipastikan. Dia kena dapat rawatan segera," katanya kepada mStar. Ujar Yusmadi, sejak Yasin ditahan reman dia tidak mendapat sebarang rawatan perubatan berhubung penyakit yang dihidapinya itu. "Pengalaman dilaluinya kini (ditahan reman) tak sewajarnya. "Sejak ditahan, dia tidak mendapat rawatan lagi. Hal ini juga sudah dimaklumkan polis. Pihak polis juga kata perkara itu (masih belum dirawat) perlu dihujahkan di mahkamah," ujarnya. Terdahulu Yasin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen di sini hari ini atas pertuduhan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Kota Damansara pada 24 Mac lalu. Selain itu tiada pengakuan direkodkan terhadap seorang bekas penyanyi kumpulan nasyid itu selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedarkan dadah jenis ganja seberat 214 gram pada 24 Mac lalu. Sumber: mStar
|
Normabaru replied at 31-3-2022 07:56 PM
Anak Vincent Tan dpt xkn saya xdpt
Normabaru replied at 31-3-2022 09:45 PM
Ok kaka tarik blk Komen kaka kat atas..xtau bakpe xblh delete plak
https://youtu.be/urpncXqDPMg
Rup ...
dani-rox replied at 31-3-2022 10:10 PM
sesetgh org ambik weed bole kurangkan penyakit mental, ada org pulak makin teruk keadaannya, hingga ...
borrow replied at 31-3-2022 10:57 PM
ic. Deyols ni dh tak larat amik ubat kowt , ada forumer ckp try stop tp tetiba moyan. Terpaksa ma ...
ADVERTISEMENT