Pesara Telekom rugi lebih RM90,000 diperdaya sindiket penipuan Macau Scam di Teluk Intan, Perak. Wanita berusia 64 tahun itu pada awalnya menerima satu panggilan mendakwa dari pihak polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Putrajaya dan menyatakan identiti wanita berkenaan terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah dan penggubahan wang haram.
Panggilan itu kemudian disambung ke talian kononnya Bank Negara Malaysia (BNM) untuk buat laporan berkaitan akaun bank yang dimiliki dan wanita itu diminta untuk mengeluarkan wang di dalam akaun Tabung Haji miliknya untuk dipindahkan ke akaun peribadi di Bank Islam.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata dalam satu kenyataan, wanita berkenaan tanpa sedar telah menyerahkan maklumat akaun bank kepada suspek dan semua wang di dalam akaunnya dipindahkan ke pihak ketiga secara perbankan internet ke akaun bank mulai tarikh 30 Nov hingga 24 Dis tahun lepas. Jelasnya, 12 transaksi berjumlah RM99,330 keseluruhannya dipindah secara berperingkat melalui akaun Bank Islam itu sebelum mangsa mendapati yang beliau sudah ditipu. Laporan polis dibuat semalam kira-kira pukul 1.30 petang di Balai Polis Teluk Intan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Beliau juga mengingatkan orang ramai agar jangan mudah percaya dan menyerahkan maklumat perbankan mereka sewenang-wenangnya. Sumber: Bernama/Suara Merdeka |
mesmerize replied at 31-3-2022 08:09 PM
akak pun baru 2-3 hari lepas dapat call dari LHDN kununnya akak dapat amaran terakhir belum bayar cu ...
Atata replied at 31-3-2022 08:04 PM
Kenapa dia ikut ckp org tu? Sbb dia takut dgn bayang2 sendiri? Mungkin scammer tu tau asal usul duit ...
kotakominami replied at 31-3-2022 07:39 PM
Eloknye duit tabung haji tu tak yah buat link dgn bank lain......nak kuar pegi je bank.....
krustykrab replied at 31-3-2022 09:22 PM
Tu la, aku pun rasa mcm tu, tp kt fb dulu ramai yg kecam, susah katanya nk withdraw kna pi th..
mesmerize replied at 31-3-2022 08:09 PM
akak pun baru 2-3 hari lepas dapat call dari LHDN kununnya akak dapat amaran terakhir belum bayar cu ...
kotakominami replied at 31-3-2022 10:19 PM
Buat ape nak widraw...kite letak kat situ pon dgn niat nak simpan g haji.....
Radzor replied at 31-3-2022 10:37 PM
Ade tak sape yg boleh check kan ni no sape. Buat2 la mcm dpt miss call ke ape.. iols malas nak jawab ...
ADVERTISEMENT