Penerima vaksin Sinovac dan Sinopharm serta mereka yang berumur 60 tahun ke atas tetapi belum mendapatkan dos penggalak, masih dibenarkan untuk makan di restoran mahupun memasuki pusat beli-belah walaupun status divaksinasi penuh sudah tiada pada MySejahtera bermula 1 APril.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, walau demikian, golongan tersebut perlu mengambil dos penggalak sebagai perlindungan tambahan daripada Covid-19. "Bermula 1 April, penerima Sinovac dan Sinopharm yang berumur 18 tahun ke atas termasuk mereka yang berusia 60 tahun ke atas tidak dikira sebagai penerima vaksin penuh jika tidak mendapatkan suntikan dos penggalak. "Namun mereka masih boleh makan di restoran, memasuki bangunan atau tempat keagamaan jika sudah mendapatkan suntikan dos primer," katanya. Jelas beliau, dos primer merujuk kepada dua dos vaksin seperti Pfizer, AstraZeneca serta Sinovac dan ia mestilah melebihi 14 hari daripada tempoh suntikan kedua berkenaan. "Mereka yang menerima satu dos vaksin CanSino juga dianggap telah menerima dos primer selepas tempoh 14 hari suntikan," tambahnya. Bagaimanapun, pemilik premis perlu memeriksa dan memastikan hanya pelanggan yang mempunyai dua dos lengkap dibenarkan masuk. -CARI Sumber: mStar/ The Star
|
mizruncing replied at 31-3-2022 11:36 AM
ok nasib baik x boosssstttttttttt
namieamuro replied at 31-3-2022 05:24 PM
dah tu ape beza nye status tu?
primarikey replied at 31-3-2022 06:37 PM
Beza kaler je sis...kuning ngn putih
ADVERTISEMENT