CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Mungkin Memerlukan Dos Penggalak Dua Kali Setahun

31-3-2022 08:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 897| Komen: 4

LONDON: Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) memberi bayangan rakyat Britain berkemungkinan memerlukan dos penggalak vaksin Covid-19 setiap enam bulan pada masa depan.


Lapor Daily Mail, Ketua Eksekutif UKHSA, Dr. Jenny Harries berpandangan ‘kumpulan berkaitan’ yang paling berisiko dalam masyarakat masih memerlukan suntikan penggalak tersebut.

Katanya, Britain ketika ini masih berada dalam ‘tempoh tidak menentu’ meskipun semua sekatan sudah ditarik balik sebulan lalu.


Jenny Harries hadir semasa sesi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Foto:Agensi

Menurut beliau, pasukan pakar juga tidak dapat meramalkan tempoh varian baharu boleh berlaku dan implikasinya terhadap imuniti daripada vaksin.

Kira-kira lapan juta penduduk termasuk golongan berusia 75 tahun ke atas, penghuni rumah jagaan dan individu lemah imun berumur 12 tahun ke atas kini layak mendapat suntikan dos keempat vaksin Covid-19.

Dilaporkan, dos kelima bahkan suntikan keenam vaksin akan dilaksanakan pada musim luruh ini.

Harries yang hadir pada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), diminta mengulas sama ada dos penggalak akan terus diberikan kepada penduduk setiap enam bulan.

Beliau bagaimanapun enggan menafikan dos penggalak akan terus diberikan selepas suntikan keempat vaksin Covid-19.

“Vaksin bagi kumpulan berkaitan berdasarkan bukti yang kami peroleh. Kempen dos penggalak musim bunga yang kami laksanakan adalah bagi mereka yang berumur lebih 75 tahun, penghuni rumah jagaan dan mereka mempunyai sistem imun rendah.

“Pandemik belum berakhir, jadi untuk tempoh 18 bulan akan datang atau dua tahun lagi, saya rasa ia akan menjadi tempoh yang tenang,” katanya. -CARI

Sumbwe: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stinger1654 31-3-2022 08:45 AM
Edited by stinger1654 at 31-3-2022 08:53 AM

Naik bonus @Dwdrum..... tahun ini...
Laki makin syg....lembu tambatan bringing more home


Kahkahkahkahkahkah
Quote stinger1654 31-3-2022 08:58 AM
Quarterly pun NO SWEAT......you think you can get me?

Kahkahkahkahkahkahkahkahkah
Quote bangcak 31-3-2022 04:35 PM
dos tahunan dah nak mula.
target dos bulanan on the way.

bestnyerrr menteri peniaga beksin dpt komisyen

Quote kakikuDibibirmu 31-3-2022 06:45 PM
Cucuk jangan tak cucuk!

75-600-1000.jpg

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.030331 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top