CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Yang Nazak Didakwa Akan Lihat Individu Yang Telah Meninggal Dunia Sebelum Temui Ajal

31-3-2022 08:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10656| Komen: 160

WASHINGTON – Seorang jururawat sebuah hospital di Amerika Syarikat (AS) menjelaskan bahawa seseorang yang hampir meninggal dunia sering ‘bertemu semula’ dengan ahli keluarga atau orang tersayang yang telah menemui ajal menerusi fasa ‘penglihatan’ (vision), lapor akhbar Daily Star.


Video mengenai perkara itu dimuat naik oleh Julie, menerusi akaun TikTok bernama @hospicenursejulie.

Foto: Tiktok

“Kita semua akan mati, jadi sila dengar. Ini adalah salah satu fakta kegemaran saya mengenai kematian. Tanda sebenar kematian yang kami beritahu kepada semua pesakit dan ahli keluarga mereka adalah sesuatu yang dipanggil ‘vision’.

“Ini bukan sesuatu apa yang kami katakan hanya untuk membuat sentimen berlebihan, tetapi apa yang sebenarnya berlaku.

“Kebiasaannya, kira-kira sebulan hingga beberapa minggu sebelum kematian, pesakit yang sedang nazak akan mula melihat saudara mara, orang tersayang, kawan atau haiwan peliharaan mereka yang telah mati. Mereka dapat dilihat secara fizikal,” kata Julie.


Video itu mendapat lebih lima juta tontonan dan ramai orang turut berkongsi pengalaman serupa di ruangan komen.

“Ibu saya sedang nazak. Saya memberitahunya pada hari-hari terakhirnya, apabila anda melihat nenek, pegang tangannya. Dia menjawab, Saya sudah melihatnya dan menyuruhnya pergi!” tulis seorang netizen.

“Saya hampir mati semasa bersalin dan melihat nenek saya. Dia berdiri di padang pelangi dan berkata dia datang untuk bayi saya. Saya terselamat tetapi anak saya tidak,” komen netizen lain. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salimrock 31-3-2022 10:21 AM
ramai ckp cam tu

kawan aku pn, bini dia cakap, sebelum dia pergi, dia meracau sebut nama abg dia yg telah meninggal dunia...
Quote dua_chzy 31-3-2022 10:25 AM
salimrock replied at 31-3-2022 02:21 AM
ramai ckp cam tu

kawan aku pn, bini dia cakap, sebelum dia pergi, dia meracau sebut nama abg dia yg ...

Yang interestingnya pasal ni kan, tak kira apa agama atau etis ka sekalipun, seperti semuanya alami menda ni. Berjalan menuju ke cahaya di ujung terowong, dibawa ke padang luas menghijau pehtu kena naik pagar untuk cross over pi dunia 'sana, etc - antara pengalaman2 NDE (near death experience) yang umat manusia tak kira background ini alami.
Quote pp_gurl 31-3-2022 10:29 AM
arwah pakcik aku, beberapa hari sebelum dia meninggal...dia ckp kat anak dia, dia g solat jumaat dan jumpa kawan dia sedangkan kawan tu dah lama meninggal
Quote pittjie 31-3-2022 10:31 AM
mungkin jgk la. tapi masa arwah bapak aku sakit .. bukan dia la yang cakap nampak arwah nenek aku. tapi tukang urut dia. masa tu bapak aku belum tenat sgt tapi mmg few weeks sebelum meninggal. tukang urut tu tak pernah jumpa arwah nenek aku pun. tapi ada satu hari lepas dia mengurut bapak aku dia tanya kat pakcik aku .. adakah arwah nenek aku begitu begini. dia describe fisikal nenek aku which pakcik aku kata ya betul tu. tapi dia tak cakap apa. lepas bapak aku meninggal baru dia cakap .. masa dia mengurut bapak aku tu dia nampak kelibat nenek aku masuk rumah dan duduk diam2 di satu sudut.
Quote elzy 31-3-2022 10:55 AM
Samalah arwah ayah saya pun ada cerita jumpa mak dia (arwah nenek saya) beberapa minggu sebelum arwah ayah meninggal..

Untuk pengetahuan, hari ini dan masa ini tarikh & masa arwah ayah saya dikebumikan tahun saja yg berbeza (30.03.2021 meninggal, 31.03.2021 @ 10.30 pagi kebumi), genap setahun ayah saya meninggal. Rindu arwah..
Quote dua_chzy 31-3-2022 11:00 AM
pittjie replied at 31-3-2022 02:31 AM
mungkin jgk la. tapi masa arwah bapak aku sakit .. bukan dia la yang cakap nampak arwah nenek aku. t ...

Oh so bila orang2 yang dah nak meninggal ni nampak hantu orang2 yang dah meninggal, rupanya bukanlah halusinasi semata2 kan? Interesting...

Aiol selalu ingatkan tu mainan minda meka ja.
Quote krustykrab 31-3-2022 11:02 AM
Ada terbaca somewhere, katanya itu adalah syaitan yg menyerupai org2 yg dah mati.
Quote tikusmontok 31-3-2022 11:02 AM
Iols percaya.... lihat sendiri dah bbrp org yg rapat lalui perkara ini sebelum mereka pergi
Quote stinger1654 31-3-2022 11:12 AM
Tred yg bersesuaian dgn bulan arwahan sekarang...

Kahkahkahkahkahkahkah

Anyway come ramadhan arwah arwah semua akan dibebaskhen dari siksaan kubur dan boleh take breather dan uols boleh la nanti dalam penampakhen mereka.....

Roll eyes.....
Quote stinger1654 31-3-2022 11:13 AM
dua_chzy replied at 31-3-2022 10:25 AM
Yang interestingnya pasal ni kan, tak kira apa agama atau etis ka sekalipun, seperti semuanya alam ...

Selagi dlm mimpi ko ada nampak aku...you still have long way to go....

Kahkahkahkahkahkah
Quote stinger1654 31-3-2022 11:18 AM
tikusmontok replied at 31-3-2022 11:02 AM
Iols percaya.... lihat sendiri dah bbrp org yg rapat lalui perkara ini sebelum mereka pergi

So lepas ini sekiranya ko nampak arwah any  ahli keluarga ko yg dah meninggal ditesco semasa ko sedang sakan shopping raya, ko akan terus letak semua barang...bergegas kerumah..
Ambik wudhu ,dok atas sejadah ,never to leave your praying mat until sakaratul maut ambik nyawa ko atau macam mana?

Kahkahkahkahkah
Quote green~tea 31-3-2022 11:21 AM
Edited by green~tea at 31-3-2022 11:24 AM

Mcm ada betul pendapat ni.... I ada mimpi dalam sebulan before ayah meninggal... my mom datang happy2 naik buai with her summer dress.... i tanya kenapa mama happy duduk sini... my mom said telepathically... "mama tengah tunggu nak pimpin tangan papa"

I mcm pelik lah kan sbb ayah i elok2 je sihat masa tu... tp i ada bgtau my brother, watch out if ada any emergency...

True enough 3 weeks lepas mimpi tu ayah kena serangan jantung... and he acquired pneumonia masa kat hospital and meninggal 3 days after that

Sama juga dgn arwah my mom.. dia mimpi she dressed in green... termasuk batu permata kat badan zamrud and green jewels.. and ayah dia (atuk) datang melawat... fre weeks after that, mak i meninggal sbb salah operation kat hospital, meninggal just 4 hours after minor  operation
Quote jiwasemangat 31-3-2022 11:24 AM
Cerr cerita kat medical dokterr.. nanti kena gelak.. sbb tak ada scientific evidence.. mengigau kott. Kena tanya WHO dulu laa..
Quote stinger1654 31-3-2022 11:24 AM
green~tea replied at 31-3-2022 11:21 AM
I ada mimpi dalam sebulan before ayah meninggal... my mom datang happy2 naik buai with her summer dr ...


Org have have dlm kubur ada buaian keww?

Atau memang ko letakkhen sekali disamping the summer dress sewaktu pengkebumian ?

Tanyaja...
Quote epal_putih 31-3-2022 11:27 AM
runsing pulak
kang jumpa yg bukan2 sebelum mati
nauzubillah
Quote stinger1654 31-3-2022 11:27 AM
green~tea replied at 31-3-2022 11:21 AM
Mcm ada betul pendapat ni.... I ada mimpi dalam sebulan before ayah meninggal... my mom datang happy ...

Ni zaman baksin boosters tak tahu apa pulak yg kita boleh nampak lepas ini...sedangkhen dah ramai dalam berita yg kita baca ada yg dah boleh nampak diri jadi superman,aquaman,spiderman terjun/ panjat bangunan ...

Dunia dunia

Ada ada saja


Kahkahkahkahkahkah
Quote diss69 31-3-2022 11:28 AM
elzy replied at 31-3-2022 10:55 AM
Samalah arwah ayah saya pun ada cerita jumpa mak dia (arwah nenek saya) beberapa minggu sebelum arwa ...

Sama dng arwah ayh akk..beberapa minggu sebelum meninggal,dia panggil nama emaknya[arwah nenek]
Arwah ayh meninggal 1/4/2013..
Sentiasa dlm ingatan walaupun dh lama..
Quote angelofish 31-3-2022 11:33 AM
percubaan terakhir syaitan sebelum nyawa manusia di cabut.datang sebagai arwah ahli keluarga.
Quote NazRysha 31-3-2022 11:35 AM
i dengar ceramah ustaz wadi anuar
ada dia cerita tentang ni

Lihat semua komen(160)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.245375 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top