CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh Diri Beramai-Ramai, 5 Sekeluarga Terjun Dari Balkoni Pangsapuri Seorang Demi Seorang!

31-3-2022 08:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1999| Komen: 9

GENEVA – Sebuah keluarga di Perancis yang bertindak membunuh diri dengan cara terjun dari tingkat tujuh sebuah pangsapuri di Switzerland dilaporkan bertindak demikian seorang demi seorang, kata pegawai polis yang menyiasat kes itu.


Keluarga itu didakwa bertindak demikian kerana terpengaruh dengan teori konspirasi.

Hanya seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang terselamat dalam tragedi pada Khamis lalu di sebuah pangsapuri  di bandar Montreux. Dia dilaporkan berada dalam keadaan koma namun stabil.

Bangunan di mana lima sekaluarga dari Perancis melompat seorang demi seorang dari tingkat tujuh pangsapuri mereka di Montreux, barat Switzerland pada 24 Mac lalu. Foto:AFP


Polis wilayah Vaud mengumumkan semalam bahawa mereka tidak menolak kemungkinan berlakunya campur tangan pihak ketiga dan semua mangsa dilaporkan melompat dari balkoni seorang demi seorang.

Polis dan pendakwa raya sedang menilai teori yang menyatakan bahawa kes itu bermotifkan ‘bunuh diri beramai-ramai’.

Dalam kejadian tersebut, seorang lelaki berusia 40 tahun, isterinya, 41, saudara kembar isterinya, seorang anak perempuan berusia lapan tahun dan seorang anak lelaki dilaporkan terjun dari ketinggian 20 meter, pangsapuri itu. Mereka semua dikatakan menjauhkan diri daripada masyarakat, demikian menurut polis.

Menurut penyiasat, dua pegawai mengetuk pintu pangsapuri itu pada pukul 12.15 tengah malam (waktu tempatan) kerana ingin berbincang dengan bapa berkenaan mengenai persekolahan di rumah untuk anak lelakinya. 

Satu suara dari bahagian dalam kemudian bertanya siapa yang berada di luar pintu sebelum berdiam diri. Pegawai berkenaan tidak dapat masuk ke dalam rumah lalu beredar. 

Polis juga tidak mengesan sebarang pergelutan, seolah-olah mengesahkan bahawa mereka melompat ke bawah atas kerelaan sendiri. Satu anak tangga turut ditemui di balkoni rumah tersebut. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 31-3-2022 09:57 AM
Keluarga itu didakwa bertindak demikian kerana terpengaruh dengan teori konspirasi.

Hanya seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang terselamat dalam tragedi pada Khamis lalu di sebuah pangsapuri  di bandar Montreux. Dia dilaporkan berada dalam keadaan koma namun stabil.
Quote Mooverine 31-3-2022 10:33 AM
aiyoo kesiannya.. teringat kes yg kat India tu, Burari ddeath
Quote toynme 31-3-2022 11:00 AM
lain mcm....discuss ape tgh malam pasal sekolah plak tu
Quote Decaffeinated 31-3-2022 11:05 AM
Keluarga itu didakwa bertindak demikian kerana terpengaruh dengan teori konspirasi.

Hanya seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang terselamat dalam tragedi pada Khamis lalu di sebuah pangsapuri  di bandar Montreux. Dia dilaporkan berada dalam keadaan koma namun stabil.
Quote slyfynx 31-3-2022 11:28 AM
Start dah wartawan cari double post dengan perenggan random
Quote Lagubestbest 31-3-2022 11:07 PM
cantiknya bangungan..
Quote JunkMail 1-4-2022 07:43 AM
Jap jap... Pegawai apa yang nak datang berbincang pasal home school pukul 12 malam ? Dah kenapa nak berdiskusi tengah malam buta? Tak pulak eloborate pasal tu. Also, teori konspirasi apa yang diorang takut sangat tu... Kemoskelan aku dengan berita tak complete ni..Story biar terang...
Quote cmf_almondpecan 1-4-2022 08:01 AM
JunkMail replied at 1-4-2022 07:43 AM
Jap jap... Pegawai apa yang nak datang berbincang pasal home school pukul 12 malam ? Dah kenapa nak  ...

Dah baca suratkhabar orang putih. Katanya polis datang pagi jam 6.15am. Conspiracy theory yang dia takut sangat tu is fear of authorities interfering in their lives. Bila pegawai gomen ketuk pintu terus confirm la kot dalam fikiran diaorg saat interference berlaku tu dah tiba so terus nak bunuh diri. Dua orang twins dalam kes ni keturunan Algeria cucu kepada seorang novelist terkenal Algeria zaman penjajahan Algeria dulu yang dizalimi penjajah Perancis. Anak beranak ni orang kaya belajar di sekolah elit dan keluarga professional dari kalangan doktor dsb.
Quote tikusmontok 1-4-2022 08:07 AM
slyfynx replied at 31-3-2022 11:28 AM
Start dah wartawan cari double post dengan perenggan random

Style dia highlight certain para kot walaupun menceduk berita

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.093118 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top