Siapa yang tidak kenal dan makan jeruk masin jenama Mo Fa Kor dengan label wajah pemilik jeruk tersebut, jeruk ini juga sering digelar dengan nama panggilan jeruk tahi hidung apek Cina dikalangan masyarakat tempatan.
Gelaran pada jeruk tersebut menarik perhatian pendakwah terkenal, Firdaus Wong, untuk mengulas mengenai isu fitnah dalam makanan apatah lagi jeruk kesukaan ramai itu telah difitnah terlalu lama dan sebati dalam kalangan masyarakat tempatan. Menurut Firdaus, jeruk masin ini sudah bertahan selama 76 tahun sehinggalah ke hari ini dan masih ada yang percaya bulat-bulat tanpa berfikir secara logik bahawa jeruk tersebut merupakan tahi hidung apek Cina dalam label berkenaan.
Melihat perkongsian dari pendakwah bebas ini, orang ramai mula membanjiri diruangan komen posting tersebut dan memberi pelbagai komen dan pandangan mengenai isu fitnah jeruk masin popular ini. Sumber: Murai
|
sharlenetexas: Tapi banyak "kilang" makanan kat pulau pinang kotor taraf kandang babi. Bukan fitnah. Selalu ada berita kat forum cari ni.
adm7 replied at 31-3-2022 07:35 AM
Setau aku la kan, orang zaman dulu ramai yang susah dan tak berduit. Generasi lama ni lebih utamakan ...
adm7 replied at 31-3-2022 07:36 AM
Btw ni pun isu semasa ke??
ADVERTISEMENT