Baru-baru ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah memberikan kenyataan bahawa mengimbas MySejahtera untuk daftar masuk atau sebaliknya akan diputuskan selepas kerajaan melihat data penduduk dan pengembaraan selepas pembukaan sempadan negara yang akan dibuka pada 1 April ini. Petikan dari Amanz, mereka akan membuat keputusan itu dalam sebulan lagi apabila Malaysia akan masuk ke dalam fasa endemik pada 1 April ini. Pada masa kini, Malaysia masih lagi mewajibkan rakyat untuk menggunakan MySejahtera untuk memasuki sebuah premis dan ianya memudahkan proses penjejakkan kontrak sekiranya berlaku kes positif Covid-19. Tambahan pula, jika tiada perubahan yang ketara dalam tempoh sebulan ini, kemungkinan besar rakyat Malaysia tidak perlu mengimbas MySejahtera untuk daftar masuk ke sebuah premis jika kerajaan membuat keputusan untuk menghentikan penggunaannya. - CARI |
ADVERTISEMENT