CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja 14 Tahun Maut Di Taman Tema, Sempat Kata Sayang Ibu Bapa Sebelum Jatuh

28-3-2022 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 882| Komen: 0

Washington: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang meninggal dunia selepas menaiki permainan di sebuah taman tema di Orlando meminta rakan di sebelahnya untuk memberitahu ibu bapanya bahawa dia begitu menyayangi mereka.


Yarnell Samson berkata, anaknya, Tyre Samson dikatakan berasa seperti tidak selamat sebaik menaiki Orlando Free-Fall di ICON Park.


Foto: Facebook

"Apabila permainan itu berlepas, ketika itulah dia berasa tidak selesa," Samson memberitahu Fox 35.

"Dan ketika itulah dia mula panik," katanya.

Remaja itu kemudian memberitahu rakan di sebelahnya: "Jika saya tidak berjaya ... Tolong beritahu ibu dan ayah saya sayang mereka."

"Untuk dia berkata seperti itu, dia pasti merasakan sesuatu," kata Samson kepada saluran berita itu.

Remaja itu secara tragis jatuh dari permainan ketika ia dalam keadaan menurun dari ketinggian kira-kira 121 meter (m), pada Khamis.

Dia meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital tempatan.

Orlando Free Fall baru sahaja dibuka pada penghujung Disember dengan ketinggian kira-kira 121m, permainan paling tinggi seumpamanya di dunia, menurut laman web taman tema itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.328710 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top