CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sami Kantoi Suka Curi Seluar Dalam Wanita Dan Lelaki

28-3-2022 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1384| Komen: 8

Bangkok – Seorang bintang televisyen Thailand, Mor Pla menggeledah bilik kediaman  seorang sami yang dituduh mencuri seluar dalam wanita selepas memeriksa rakaman sistem ltelevisyen tertutup (CCTV) di rumah sepasang suami isteri, lapor laman berita Thaiger.


Hasil serbuan itu, dia bersama pasangan suami isteri tersebut menemui sejumlah seluar dalam lelaki dan wanita dalam bagasi suspek.

Pasangan yang tinggal dekat sebuah wat di wilayah Chachoengsao, tengah Thailand itu memeriksa rakaman CCTV selepas seluar dalam wanita itu hilang dan menyedari seorang sami menanggalkan seluar dalam dari penyangkut di rumah mereka.

Foto: Thaiger

Mereka membuat laporan polis,  namun tiada perkembangan lanjut. Pasangan itu  kemudian meminta bantuan Mor Pla yang merupakan sukarelawan selebriti.


Bintang televisyen itu membantu mengesan dan mengenal pasti sami yang didakwa mencuri seluar dalam tersebut.

Media Thai mengikuti Mor Pla ke kuarters wat untuk mencari seorang sami yang dikenali sebagai Phra Kaisorn. Suspek dikatakan telah melarikan diri dari wat  sebelum orang ramai tiba.

Mor Pla menemui bagasi yang disumbat dengan pelbagai jenis seluar dalam lelaki dan wanita seperti Phra sudah bersedia untuk meninggalkan wat tersebut.

Menurut ketua sami, dia tidak mengetahui tentang ‘aktiviti luar’ yang dilakukan oleh Phra dan memberitahu lelaki itu baru sahaja bergelar sami. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 28-3-2022 11:29 AM
Sami pun pervert haha.. sejenis fetish kat used undies.. euwww
Quote krustykrab 28-3-2022 11:31 AM
Ewwwww...
Ingatkn dh insof
Quote Artemesiaa 28-3-2022 11:43 AM
Dasar mental dah jadi sami pun masih tak mampu buang tabiatnya tu
Quote ifanonline 28-3-2022 11:46 AM
sami pun ada kote juga
Quote sharlenetexas 28-3-2022 11:48 AM
Jadi sami sbb nak lari dari kena charge oleh polis mcm po n robert ke?

Quote mrsbob87 28-3-2022 12:46 PM
sami pun bangsa berkote.... bila da sampai serunye, mane boleh tahan hehehehheheh
Quote raxief 28-3-2022 06:31 PM
baca ni teringat suor dalam bini aku dlm mesin basuh belum sidai

ok bye, sambung mlm nnt, nk sidai baju jap
Quote sambaldurian 29-3-2022 02:07 PM
Ni bkn sami betul2 nk jd sami ni. Ni msti tunai kewajipan/ nazar as laki buddha. Mcm Islam la klu boleh g haji. Yg ni x tahan dh tu, masuk jd sami patut tahan nafsu kejap.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.049196 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top