Satu perkongsian milik pendakwah bebas terkenal, ustaz Abu Syafiq tentang aplikasi MySejahtera menarik perhatian ramai pengguna media sosial di Instagram nya hari ini.
Abu Syafiq yang lantang bersuara berkaitan isu vaksinasi Covid-19 ini, mula menyentuh soal penggunaan aplikasi MySejahtera di media sosialnya. Pendakwah ini berpesan agar orang ramai tidak menggunakan aplikasi berkenaan kerana beranggapan aplikasi tersebut menyusahkan dan karut apatah lagi penggunaan aplikasi tersebut tiada di dalam Akta Perlembagaan Negara. “BUANG MYSEJAHTERUK. Jadikan bulan Ramadhan tidak lama lagi sebagai bulan tanpa MySejahtera. Aplikasi tersebut tiada dalam Akta Perlembagaan Negara. Aplikasi karut menyusahkan dan entah apa-apa. Saya No To MySejahtera!” tulisnya.
|
shuk_one replied at 26-3-2022 01:40 PM
Tak tau lah apa yg anti sgt ngan mysejahtera tu.. kalau i mysejahtera tu guna untuk trace g mana.. k ...
ADVERTISEMENT