CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menteri UMNO Minum-Minum Sahaja Di Hotel, Bukan Ada Mesyuarat Rasmi

26-3-2022 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1885| Komen: 3

KUALA SELANGOR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar memaklumkan tiada perbincangan rasmi antara Menteri dan Timbalan Menteri daripada parti UMNO pagi tadi.


Sebaliknya, menurut Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP) itu, pertemuan tersebut adalah hanya sarapan rutin seperti yang berlangsung selama ini.

“Hanya menteri yang hadir pagi tadi untuk sarapan pagi. Tiada Timbalan Menteri pun. Kami minum bersama sementara menunggu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri Hari Polis Kali Ke-215 pada pukul 8 pagi,” katanya.


Foto: Berita Harian

Beliau berkata demikian selepas melawat rumah penerima bantuan zakat daripada pihak Bank Rakyat di Parit Empat di sini, semalam.

Terdahulu media melaporkan beberapa menteri daripada UMNO dilihat mengadakan pertemuan di sebuah hotel di Putrajaya.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai pertemuan itu dan difahamkan ia diadakan sebelum menteri terbabit menghadiri Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra.

Pergerakan keluar masuk menteri terbabit dilihat sejak jam 8 pagi dan antara yang memasuki hotel berkenaan ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang tiba pada jam 8.45 pagi serta Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim, 9.37 pagi.


Noh Omar (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan zakat dari Bank Rakyat untuk bantuan memulihkan rumah di Parit Empat Tanjong Karang di Kuala Selangor, Selangor. Foto: Utusan

Mengulas lanjut Noh berkata, ada beberapa Menteri lain yang turut hadir termasuk Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi, Datuk Seri Dr.Adham Baba.

“Dari dahulu lagi kami biasa sarapan pagi bersama cuma tiba-tiba ada pihak yang menjadikan ia berita. Saya boleh sahkan tiada apa-apa yang dibincangkan. Itu sahaja,” ujarnya. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 26-3-2022 01:57 PM
Langkah minum-minum tersenyum sinis
Quote missyL 27-3-2022 11:35 PM
Nk expect ape dr mereka nie
Perampok lol
Quote supernaturalee 28-3-2022 01:15 AM
Adham baba tu sblm ni rajin turun kafe ofis mkn2
Berbanding menteri2 sblm ni dan skrg


Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.044742 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top