CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Diceraikan Suami Sebab Hamil Anak Rakan Ofis, Terpaksa Bela Anak Seorang Diri

26-3-2022 09:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5671| Komen: 42

Siapa sangka, gara-gara tersilap langkah, Syaza (bukan nama sebenar) kini terpaksa menanggung sengsara dan kesedihan selepas ditinggalkan suaminya.

Wanita berusia 29 tahun itu diceraikan oleh suaminya yang merupakan lelaki paling dicintainya selepas dia hamil anak luar nikah hasil hubungan sulit dengan rakan sepejabat.

Akibatnya, keluarga Syaza juga turut memulaukan wanita itu kerana dianggap memalukan keluarga.


Gambar Hiasan

Mengimbau kembali, Syaza berkata, dia sama sekali tidak menyangka terjebak dengan hubungan sulit dengan rakan sepejabatnya sendiri.


“Saya dan Ali (bukan nama sebenar) merupakan rakan sepejabat di sebuah syarikat swasta di selatan tanah air.

“Pada awalnya, kami hanya berkawan biasa, namun selepas terlibat dalam satu projek besar, kami menjadi semakin rapat,” katanya memulakan bicara kepada K2.

Syaza ketika itu sedang bercinta dengan bekas suaminya, Azmi (bukan nama sebenar) dan pada 2018, mereka kemudian selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri.

Perkahwinan tersebut dilayari penuh bahagia sebelum Azmi ditukarkan ke cawangan baharunya di Sungai Petani, Kedah pada pertengahan 2019.

Wanita itu mengakui dia berasa tertekan memandangkan tidak pernah berjauhan dengan Azmi, namun terpaksa akur dengan keadaan tersebut.

“Saya pula masih lagi perlu menyelesaikan projek syarikat dan tidak boleh memohon ditukarkan untuk mengikut suami.

“Maka, kami terpaksa tinggal berjauhan,” katanya.

Pada mulanya, semua berjalan seperti biasa, namun selepas Syaza menjadi semakin sibuk, dia jarang menghubungi suaminya untuk berkongsi cerita.

Malah, kedua-dua mereka juga tidak bertemu susulan sekatan perjalanan akibat Covid-19, menyebabkan hubungan mereka semakin renggang.

Malah, Syaza menjadi semakin akrab dengan Ali dan mereka kerap menghabiskan masa bersama.

“Ali masih bujang dan memandangkan kami sepejabat, kami sering menghabiskan masa bersama tidak kira di pejabat atau pun luar pejabat.

“Persahabatan itu akhirnya menerbitkan rasa suka dalam hati saya dan saya akui, cukup selesa dengan Ali.

“Dia amat memahami dan sentiasa ada di sisi saya, menyebabkan kami akhirnya terlanjur,” dedah Syaza.

Semakin lama, mereka semakin kerap terlanjur, menyebabkan Syaza akhirnya hamil anak luar nikah.

“Selepas melakukan ujian dan didapati hamil, jantung saya terasa seperti mahu meletup.

“Saya teramat takut dan ketika itu, saya hanya terfikirkan Azmi dan tidak sangka saya telah mengecewakannya,” katanya.

Syaza memaklumkan perkara tersebut kepada Ali dan dia amat kecewa apabila lelaki itu enggan mengakui itu adalah anaknya, memandangkan status Syaza yang merupakan isteri orang.

Syaza tidak tergamak menggugurkan kandungan tersebut kerana enggan lagi menanggung dosa.

“Saya akhirnya berterus terang dengan suami. Ketakutan terbesar saya menjadi kenyataan apabila Azmi mengambil keputusan menceraikan saya kerana terlalu jijik dengan perbuatan saya,” katanya.

Malah, keluarga Syaza juga membuang wanita itu kerana tindakannya itu telah mencemarkan nama baik keluarga.

Syaza kini membawa diri ke Kuala Lumpur dan menetap bersama seorang rakannya dan anak lelakinya yang kini berusia kira-kira setahun.

“Saya berjaya mendapat kerja baharu di ibu kota dan akan membesarkan anak bersendirian.

“Menurut ibu Azmi, lelaki itu sudah berpindah ke tempat lain dan enggan lagi dikaitkan dengan saya,” tutur Syaza sedih. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zacEfron 26-3-2022 09:51 AM
indon ni suka betul dgn berita sex
Quote akusukaq 26-3-2022 09:55 AM
Tak payah lah nak tunjuk cerita bodoh.bukan hal semasa pun.
Quote namr 26-3-2022 10:29 AM
Drama bodoh apa ni
Quote R2D2 26-3-2022 11:09 AM
Edited by R2D2 at 26-3-2022 11:11 AM

aku pernah buka thread bukan isu semasa
thread terus kena LOCK

ni sebab wartawan CARI yg buka

dia bukak bukan isu semasa ka
dia bukak thread sama isu tapi lewat 2-4 hari ka
tetap thread tak kena LOCK
hebat kan
gaji jalan

mcm mana la CARI nilai performance staff mcm ni

tak tahu la sekarang ada power utk LOCK ke tak
wait n see
Quote monreyes 26-3-2022 11:24 AM
tred sampah
Quote Belibis 26-3-2022 11:26 AM
namr replied at 26-3-2022 10:29 AM
Drama bodoh apa ni

Skrip ema patima ke nih???
Quote Firenzza 26-3-2022 11:36 AM
Nasib baik x de sequel majalah mastika lps cerai, ada lembaga kacau dlm bilik tdo tiap2 mlm
Quote yoppoy 26-3-2022 11:52 AM
Ni kekdahnya sundirik mencari sundirik mendapat la. Kalau terlajak dengan scandal sekali dua tu yo la kekhilafan. Ni sampai selamat bunting sedap lettew ku petik quote tokwi
Quote helle 26-3-2022 12:07 PM
Cerita bodoh pun leh jadi berita
Quote epal_putih 26-3-2022 12:09 PM
pengajaran.. jaga batas2 pergaulan anda..
Quote tumpanglalu74 26-3-2022 12:14 PM
Betine2 garit ney memang kaki mengangkang merate pon..  Ade je kat ofis aku.  Laki depe masih memberok lagi ape pon tatau..  Dorang ade la tak sedap ati kot tapi bodow tak wat ujian DNA, so sampe ke sudah la jadi bahan ketawe zantan2 kat ofis bini depe tu.  Serius, kitorang hanye gelak je bersuke-ria..  Takde masok campor pon sebab kapel haram tu koligs kami zugak.  Hasben2 depe tu kami tak kenal.

Quote najib888 26-3-2022 01:03 PM
Cehh.. Cerita bak cerpen lucah wattpad je... bodo sangat biar member crett dalam.. bodo bodo bodo
Quote jas7512 26-3-2022 01:19 PM
Edited by jas7512 at 26-3-2022 04:58 PM

Ni namanya saja cari penyakit...dah tahu x pki protectiom x reti ke mkn morning after pill
Quote xtinkerbellx 26-3-2022 04:52 PM
Jadi nak kena buat apa ni
Quote Acikgomen 26-3-2022 05:14 PM
tumpanglalu74 replied at 26-3-2022 12:14 PM
Betine2 garit ney memang kaki mengangkang merate pon..  Ade je kat ofis aku.  Laki depe masih member ...

Sama opis aku
Yg syoknye betina2 yg weols panggey public toilet neh fefeling penting yach
Quote Tinot7 26-3-2022 05:43 PM
Moga2 kita dijauhi org2 mcm ni
Quote ninja boy 26-3-2022 05:53 PM
perempuan berkahwen lubang mereka lapar konek, lelaki berkahwen lapar lubang bini org.
Quote snowflakes 26-3-2022 06:00 PM
kesian pada anak yang bakal lahir...
Quote Decaffeinated 26-3-2022 06:07 PM
Azmi skrg dah pindah selatan tanah air. Ali pula dah migrate ke oz

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.194903 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top