Sungai Buloh: Mayat seorang buruh warga Bangladesh ditemukan hancur selepas dihempap tong pasir yang terjatuh dari bangunan di sebuah tapak pembinaan di Bandar Pinggiran Subang di sini, hari ini.
Dalam kejadian pada 11 pagi itu, lelaki berusia 44 tahun itu dikatakan sedang bekerja di tapak pembinaan berkenaan. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada 11.57 pagi. Menurutnya, sebuah jentera dengan kekuatan lima pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian. "Sebaik kita, pasukan mendapati mangsa seorang lelaki dihempap tong pasir. Mangsa disahkan meninggal dunia," katanya.
Beliau berkata, kes diserahkan kepada pasukan polis yang turut berada di lokasi untuk tindakan lanjut. -CARI |
white_musk replied at 25-3-2022 10:07 PM
Safety officer siapa?
naina replied at 26-3-2022 12:47 AM
Macam final destination
Semoga arwah tenang disana
mikasa replied at 25-3-2022 10:47 PM
Aku rasa macam projek kecik je ni. Takda kewajipan utk hire safety officer.
ADVERTISEMENT