CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Lama Lagi Anda Boleh Melancong Ke Stesen Angkasa Milik China!

25-3-2022 04:09 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1111| Komen: 1|Original author: Agent13k

Bercuti di angkasa lepas adalah bukan perkara yang baru sekarang ini kerana pelbagai syarikat angkasa lepas telah mencari jalan untuk menjadikan pelancongan ke angkasa lepas lebih mudah. 

Sebelum ini pada tahun 2001, ada seorang lelaki bernama Dennis Tito yang pernah menjadi orang awam pertama ke angkasa lepas selepas beliau membayar untuk menjadi angkasawan.

Kredit foto: GECD

Menurut Amanz, selain syarikat Virgin Galatic, Blue Origin dan SpaceX, sekarang ini syarikat angkasa lepas dari China juga mahu menyertai bisnes itu dan membuat jangkaan dalam sedekad lagi mereka akan dapat menawarkan orang awam pergi ke angkasa lepas.

kredit foto: ECNS


Difahamkan, seorang lelaki bernama Yang Liwei atau lebih dikenali sebagai "Taikonaut" oleh media tempatan di China mengumumkan bahawa proses stesen angkasa Tiangong itu telah dijalankan dan hanya beberapa modul berjaya dipasang setakat ini.

Kredit foto: Amanz

Tambahan pula, Agensi Angkasa Kebangsaan China (CNSA) juga membantu dari segi teknikal kepada syarikat swasta itu, malah perancangan untuk menawarkan ke angkasa lepas itu adalah sama dengan syarikat Blue Origin yang dimiliki oleh Jeff Bezos. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 27-3-2022 01:34 AM
Macamana dgn kualitinya?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.828442 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top