Ragam seorang warga emas mengusung tangki oksigen menggunakan motosikal jenis skuter menyebabkan dia 'popular' di media sosial.
Namun, lelaki itu tidak kisah dengan pandangan dilemparkan sebaliknya terus melakukan aktiviti harian seperti biasa bersama tangki oksigen yang kini menjadi 'teman' rapatnya. Difahamkan, Razali Said, 61, turut membawa teman seberat 15 hingga 20 kilogram itu pergi melepak walaupun terpaksa menariknya seperti bagasi. Ketika dihubungi mStar, Siti Aisyah memberitahu, bapanya merupakan penghidap Pulmonary Edema iaitu paru-paru berair sejak Oktober 2021.
"Menurut doktor, penyakit itu disebabkan berat badan ayah yang berlebihan dan obesiti. Jadi, ayah akan sesak nafas. "Lagipun, sejak bulan 10 dia mula mengadu sesak nafas dan sering demam. Masa tu, bila bawa ke klinik doktor suspek ayah dijangkiti wabak Covid-19 dan kemudian ayah terus dihantar ke Hospital Besar Melaka untuk rawatan susulan. "Selepas pemeriksaan, Alhamdulillah ayah negatif Covid-19 tapi muncul pula sakit lain. "Doktor sarankan ayah mendapat rawatan selanjutnya di hospital swasta," luah wanita berusia 34 tahun itu sambil berseloroh menyatakan ayah tercinta adalah seorang yang degil. Bercerita tentang kesukaran yang dialami ayahnya, anak keempat daripada lima beradik ini memberitahu, bacaan oksigen pernah jatuh sehingga bawah 80 peratus selain mudah letih dan sukar bernafas. Malah, katanya, dia dan adik-beradik yang lain akan bergilir-gilir menjaga ayah kerana kesukaran untuk tidur malam. "Ada satu hari tu, anak buah dia buat kenduri di Rawang Selangor. Kami dah pesan jangan pergi dan berehat saja di rumah... tapi macam biasa ayah seorang yang degil, jadi dia siap kemas baju untuk ke sana. "Pagi dia keluar hospital, malam tu juga dia siap nak ke Rawang dan sampai di sana sekitar jam 9 malam. Jam 11 malam saya dapat panggilan yang ayah sesak nafas sekali lagi. "Nasib baik masa tu saya dah hampir sampai ke Rawang, kemudian kami terus bawa ayah ke KPJ Rawang dan doktor minta ayah dihantar terus ke hospital besar untuk rawatan susulan. Tapi ayah tak mahu dan dia nak balik juga. "Keesokan paginya ayah hubungi kesemua anak-anak dia dan suruh ambil dia keluar hospital. Mujur pihak hospital kata boleh tapi kena terus balik Melaka sebab tak boleh berlengah. "Nak dijadikan cerita, semasa dalam perjalanan pulang... tiba-tiba ayah diserang sesak nafas sekali lagi sehingga oksigen dia turun ke paras 60 peratus dan setiba di Melaka terus masukkan ayah ke Hospital Oriental," jelasnya yang kini menetap di Tangga Batu Melaka. Menurutnya yang mesra disapa Eca, keadaan ayahnya pada masa ini masih baik namun terpaksa bergantung dengan tangki oksigen selain perlu meneruskan rawatan susulan. Dia juga mendedahkan bahawa ayahnya pernah ponteng jadual rawatan yang ditetapkan. "Doktor sarankan kami beli tangki yang bersaiz kecil supaya mudah dibawa tapi bajet tidak mengizinkan. Oleh itu, mak akan selalu menemani ayah kerana terlalu risau tapi kadang-kadang mak pun ditinggalkan. "Masa awal-awal ayah usung temannya itu, orang sekeliling sangat terkejut dan marah sebab dia dibiarkan bergerak sendiri... sedangkan masa tu kami tidak tahu apa-apa, yelah masing-masing sudah berkeluarga dan tinggal berasingan," jelasnya yang turut tertawa kecil. Tambah Eca, sejak ayahnya berhadapan dengan masalah kesihatan, dia dan adik-beradik yang lain sangat sedih namun dalam masa sama berasa geram kerana mempunyai ayah yang degil dan tidak mahu mendengar cakap. Luahnya, ayah lebih gemar menghabiskan masa di luar walaupun terpaksa membawa tangki oksigen yang berat malah pernah pergi ke hospital bersendirian untuk membuat pemeriksaan. "Memang suruh ayah duduk rumah saja dan pesan dia kalau nak ke mana boleh bagitahu supaya anak-anak bawakan. Tapi apakan daya, dia lebih gemar bergerak dengan skuter dan tangki oksigen sahaja," katanya sambil memaklumkan kesemua adik-beradiknya tinggal dalam jarak 10 kilometer sahaja. Sumber: mStar
|
krustykrab replied at 25-3-2022 06:44 AM
Org tua degil mcm ni suka bg anak2 malu tak pulak mati2.
asamfish replied at 25-3-2022 07:11 AM
Eh...ok je mcm tu. My mom's friend, org ostolia, bertahun dok angkut oxygen tank ke mana2. Travel ...
asamfish replied at 25-3-2022 03:11 PM
Eh...ok je mcm tu. My mom's friend, org ostolia, bertahun dok angkut oxygen tank ke mana2. Travel ...
ChildrenOfBodom replied at 26-3-2022 09:03 AM
Buat solat hajat la mintak cepat mati, hidup menyusahkan org saja dengan badan mcm babi tu, takdak b ...
ADVERTISEMENT