CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rindu Isteri Dua Tahun Tak Jumpa- Lelaki Dayung Bot Dari Phuket Ke India, Mungkin 625 Hari Baru Sampai

25-3-2022 12:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1518| Komen: 9

BANGKOK – Seorang lelaki Vietnam nekad mendayung bot getah merentasi Teluk Bengala dari Phuket ke India kerana mahu berjumpa dengan isterinya selepas mereka tidak pernah bertemu selama dua tahun akibat pandemik Covid-19, lapor laman berita Thaiger.


Anggota-anggota marin Thailand menemui lelaki bernama Ho Huang Hung dan berusia 37 tahun itu pada 23 Mac lalu sekitar 80 kilometer dari pantai Andaman selepas dia berada di tengah laut selama 18 hari.

Hung bersedia untuk mendayung bot getah itu ke India dengan menyeberangi  Laut Andaman dan Teluk Benggala dalam perjalanan sejauh 2,500 kilometer.


Foto: Thaiger


Selepas 18 hari, Hung hanya mampu mendayung sehingga 80 kilometer dari pantai Phuket. Pada kadar tersebut, lelaki tersebut dijangka mengambil masa kira-kira 625 hari untuk sampai ke pantai India.

Hung mampu bertahan selama 18 hari walaupun angin puting beliung Asani berputar di Teluk Benggala. Berbekalkan 10 pek mi, sebekas air dan beberapa bagasi, Hung mempunyai bekalan yang cukup untuk bertahan agak lama tetapi bukan untuk tempoh 625 hari.

Pegawai tentera laut di Kepulauan Similan menerima mesej daripada seorang nelayan pada pukul 12.50 malam (waktu tempatan) setelah melihat seorang lelaki berada di atas bot berwarna kuning dan biru sepanjang kira-kira 2.5 meter. Mereka menyelamatkannya lalu membawanya ke Taman Negara Kepulauan Similan.

Hung mengambil penerbangan dari Saigon ke Bangkok pada 2 Mac lalu dengan harapan untuk mengambil penerbangan sambungan ke Mumbai, tempat isterinya tinggal. 

Bagaimanapun, Hung menyedari dia tidak boleh memasuki India tanpa visa jadi dia menaiki bas ke Phuket lalu mencari bot dan memulakan perjalanannya sekitar 5 Mac lalu. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 25-3-2022 01:09 PM
Kuat keazamannya untuk pergi ke dentinasi
Quote manehnya 25-3-2022 03:02 PM
pembakar semangat bakal pembeli Inflatable boat
Quote ChildrenOfBodom 25-3-2022 03:03 PM
Sampai2 india, bini habaq i'm 6 months pregnant
Quote n3ar 25-3-2022 04:07 PM
sampai2 bini tkde, rupanya bini dia p phuket nk suprise jumpa dia
Quote lattehazelnut 25-3-2022 04:16 PM
Girl vietnam pun suka rampas laki org kan..
Tp biasa laki chinese la..
Lepas 2 tahun kebarangkalian adalah tinggi da kawin org lain.. xpun dirogol sbb kat india kan..
Quote matbad 25-3-2022 06:49 PM
lattehazelnut: Girl vietnam pun suka rampas l ...

yaa ramai awek vietnam bekepit dgn boss2 chinese hihi
Quote cmf_premierleag 27-3-2022 10:06 PM
Takde lak ye dia tersesat ke Pulau Sentinel.ke kan..kut la kene sumpit dgn puak2 org asli kt situ ke kan
Quote sukacactus 28-3-2022 12:20 AM
Paham kerinduan pasangan pjj
Tp ni lama gila
Patut la dia buat tindakan gila
Quote Cpkay 28-3-2022 04:29 PM
gilalah.. 625 hari .. dahlah boat plastik mcm tu je.. kot bocor tengah laut acaner tu

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.224825 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top