CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ingatkan Hilangkan Diri, Anak Baru Tahu Rupa-Rupanya Bapa Dipenjara Sejak 8 Tahun Lepas

25-3-2022 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1135| Komen: 2

Rompin: "Ayah sudah memohon maaf atas semua kesilapannya dan sebagai anak, saya berlapang dada menerimanya," kata Mimi Hasmiedar, 21.

Bapanya menghilangkan diri sejak dia berusia 14 tahun dan dia hanya mengetahui lelaki itu dimasukkan penjara selepas menerima surat daripada seorang individu dua tahun lalu .

Selepas menjalani hukuman penjara, bapanya dibebaskan pada 22 Mac lalu.

Foto: Harian Metro

Lelaki itu dibawa keluar daripada Penjara Penor, Kuantan, Pahang pada 10 Mac lalu sebelum dihantar ke Pejabat Parol Hulu Langat, Selangor untuk menjalani kuarantin dan dibebaskan.


Perkongsian video di TikTok menunjukkan detik pertemuan semula dengan bapanya menarik perhatian netizen.

Menurut Mimie, kali terakhir tinggal bersama bapanya ada ketika berusia 11 tahun dan berpisah selepas ibunya memfailkan perceraian.

"Saya bersama tiga adik dibesarkan oleh ibu dan tipu kalau katakan tidak cemburu melihat orang lain ada ayah namun apa boleh buat, sudah itu ketentuan-Nya.

"Sebelum saya melangsungkan akad nikah pada November 2020, saya terkejut menerima surat memaklumkan keberadaan ayah dan punca dia berada dalam tahanan penjara," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Selepas tahu hal sebenar, Mimie berkata, dia melawat bapanya di penjara beberapa kali sejak 2020 hingga tahun ini dengan ditemani suami, Khairul Rasidi, 27.

"Selepas sekian lama menunggu, akhirnya ayah dibebaskan tetapi dengan syarat iaitu perlu diawasi oleh polis selama setahun.

"Alhamdulillah, saya dapat peluk dan cium ayah malah membantunya mencari rumah sewa untuk didiaminya.

"Jujurnya, saya pernah membenci ayah satu kerana tidak terima apa yang dilakukan terhadap ibu dulu namun apabila sudah dewasa, saya mula sedar semua manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan," katanya.

Oleh itu katanya, dia mengingatkan adik beradik untuk terima ayah mereka.

"Sebagai anak dia tetap darah daging dan tiket untuk ke syurga. Alhamdulillah, ibu faham malah tidak menghalang kami adik beradik berjumpa ayah cuma mahu ayah bersungguh untuk berubah.

"Saya juga akan terus beri semangat kepada ayah supaya dia ada kekuatan untuk berubah ke arah lebih baik," katanya.

Mimie menganggap pembebasan bapanya itu sebagai rahmat buatnya terutama menjelang kedatangan Ramadan tidak lama lagi.

Menurut Mimie, perkongsiannya di TikTok bukan bertujuan mengaibkan bapanya sebaliknya sekadar salah satu cara untuknya meluahkan apa yang terpendam.

"Ramai mendoakan dan beri kata semangat namun ada juga fikir saya mahu aibkan ayah.

"Sedangkan, bukan itu niatnya dan selepas berkongsi video itu, baru saya tahu ramai di luar sana yang senasib dengan saya," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 25-3-2022 02:23 PM
Bapanya menghilangkan diri sejak dia berusia 14 tahun dan dia hanya mengetahui lelaki itu dimasukkan penjara selepas menerima surat daripada seorang individu dua tahun lalu .

Selepas menjalani hukuman penjara, bapanya dibebaskan pada 22 Mac lalu.
Quote kelip2_07 25-3-2022 02:58 PM
dah kenape kt ats dh tepek berita kt bwh tepek lg half

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.417394 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top