CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cari Pasal Pakai 6 Cincin Pada Dua Jari, Tak Boleh Buka Sampai Panggil Bomba

25-3-2022 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 308| Komen: 0

Taiping: Tindakan seorang lelaki memakai enam cincin pada dua jari kanannya mengundang padah apabila kesemua cincin itu tidak dapat ditanggalkan berikutan jarinya itu membengkak.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Hospital Taiping pada 11.46 malam tadi bagi khidmat khas memotong cincin yang tersekat pada jari lelaki terbabit.

Menurut kenyataan itu, bomba mengambil masa hampir sejam memotong kesemua cincin berkenaan menggunakan peralatan khas.


Foto: Harian Metro

"Anggota bertindak menggunakan peralatan khas bagi memotong kesemua cincin yang tersekat pada jari mangsa.


"Tiga daripada cincin itu dipakai pada jari hantu, tiga lagi pada jari manis. Kesemuanya berjaya ditanggalkan.

"Operasi tamat pada 12.46 tengah malam tadi," katanya, pagi ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 11:35 PM GMT+8 , Processed in 1.609170 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top