CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Misteri 4 Sekeluarga Jatuh Tingkat 7

24-3-2022 11:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2534| Komen: 11

Empat sekeluarga warga Perancis maut setelah terjatuh dari balkoni tingkat tujuh di sebuah bangunan di bandar Montreux di Switzerland.


Menurut pihak berkuasa, mangsa ialah seorang lelaki bersama isterinya masing-masing berusia 40 tahun, pasangan kembarnya dan anak perempuan mereka berumur lapan tahun manakala anak lelakinya berusia 15 tahun terselamat.


Siasatan telah dilancarkan ke atas kejadian 'misteri' tersebut. - Foto: Agensi

"Remaja itu kini dirawat di hospital akibat kecederaan parah dialaminya," ujarnya.

Menurut laporan AFP, kejadian menggemparkan itu berlaku selepas kehadiran dua anggota yang membawa waran untuk ketua ahli keluarga tersebut berhubung persekolahan di rumah melibatkan salah seorang anak mereka.

"Pihak berkuasa mengetuk pintu rumah tersebut dan disahut suara yang bertanyakan siapa mereka. Selepas menjawab soalan itu, apartmen tersebut menjadi sunyi sepi," jelasya lagi.

Selepas gagal mendapat sebarang respons, mereka akhirnya meninggalkan bangunan itu.

Tidak lama kemudian, seorang saksi menghubungi polis dan melaporkan tentang insiden orang terjatuh.

Susulan itu, siasatan telah dilancarkan, namun pihak berkuasa percaya tiada kaitan perbuatan jenayah kerana dipercayai tiada individu lain di dalam apartmen tersebut. 


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 25-3-2022 01:19 AM
kesiannya, sorang je terselamat.. bangun2 je jadi sebatang kara  

tapi aneh betul kes ni
Quote kakikuDibibirmu 25-3-2022 01:22 AM
Terjatuh tak apa, tak sengaja, dimaafkan
Quote tikusmontok 25-3-2022 02:43 AM
Kenapa dengan Persekolahan di rumah? Sohaibewak aman2 jer homeschooling anak2 dia
Quote eyansss 25-3-2022 04:44 AM
bunuh diri?  depression sebab hilang kerja waktu pandemic ni kot…
Quote she 25-3-2022 05:30 AM
Kat sana ada peraturan penjara parents ke kalau pukul anak? Macam Sweden?
Quote helicornia 25-3-2022 08:38 AM
nak lari guna balkoni kot
silap langkah terjatuh pulak
Quote cik_sssara 25-3-2022 09:45 AM
Panik agaknya. Sesetengah orang kan memang panik dengan polis.

Tunggu cerita sebenar dari boy yang survive tu. Tapi kesianlah, family semua meninggal dah mesti depressed.
Quote kucingitam 25-3-2022 11:11 AM
negara sinun kalau ko jadi babysitter pun gomen datang pantau tiap berapa bulan tah..aku lupa..
Quote Mini.Me 25-3-2022 12:25 PM
Semua skali terjun ke? Panik betol
Quote Artemesiaa 25-3-2022 01:13 PM
Kalau ramai2 sekali pasti sebab kes bunuh diri tak sebab kemalangan
Quote matchstick 25-3-2022 01:19 PM
Besar sgt ke kesalahan homeschooling kt sana smpi sanggup terjun bangunan

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.053201 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top