CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lepas Tangmo, Pelakon ‘The Stranded’, Beam Meninggal Atas Katil

24-3-2022 11:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1986| Komen: 1

Selepas Tangmo Nida, dunia hiburan Thailand dikejutkan lagi dengan kematian aktor terkenal Papangkorn 'Beam' Lerkchaleampote.

Memetik laporan Bangkok Post, aktor berusia 25 tahun itu ditemui meninggal dunia di atas katil di kediamannya yang terletak di Bangkok pada petang Rabu.


Kredit foto: Cosmo.ph

Menurut ibu kepada aktor tersebut, dia mencuba untuk bangunkan Papangkorn 'Beam' dari tidur namun terkejut apabila menyedari anaknya tidak lagi bernyawa.

Bintang siri The Stranded kemudian dikejarkan ke hospital namun usaha untuk menyelamatkannya gagal.


Jurucakap agensi yang menguruskan pelakon itu turut mengesahkan berita itu namun tidak mendedahkan punca kematian.

Untuk rekod, mendiang banyak membintangi drama bersiri yang ditayangkan di Netflix antaranya Nong Mai Rai Borisut, Rueng Lap Lang, Mister Merman, Sleepless Society: Bedtime Wishes, Bang Rachan dan Blue Wave.

Selain itu, dia juga pernah berlakon dalam siri televisyen Project S: SPIKE pada tahun 2017 dan Blacklist pada 2018.

Kali terakhir kemunculannya adalah sebagai pelakon dalam drama bersiri The Stranded yang ditayangkan pada tahun 2019.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote febreze 25-3-2022 09:23 AM
siasat boyfriend dia dulu ????

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.095712 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top