CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rosmah Mansor Didakwa Beli Kalung Berlian Bernilai RM97.2 Juta

24-3-2022 03:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3980| Komen: 30

NEW YORK: Juri dalam perbicaraan kes bekas ketua pelaburan perbankan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng akhirnya melihat bukti kukuh tentang barang kemas yang dibeli dengan wang yang dipercayai digunakan menggunakan dana skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Ia didedahkan di Mahkamah Persekutuan Brooklyn di New York, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu yang turut mengaitkan penglibatan Datin Seri Rosmah Mansor yang merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membeli kalung berlian merah jambu bernilai AS$23 juta (RM97.2 juta) dihasilkan Lorraine Schwartz.

Bloomberg melaporkan juri bagaimanapun tidak melihat gambar atau kalung sebenar dan hanya diberikan bukti resit pembelian sebagai bahan bukti.


Foto: Awani


Schwartz yang sebelum ini pernah mereka barang kemas untuk selebriti seperti Beyonce, Adele dan Blake Lively mungkin menjadi saksi dalam kes tersebut.

Tetapi, dia sebaliknya hanya memberi kenyataan yang telah dimasukkan pendakwa raya sebagai rekod rasmi mahkamah.

Ketika urus niaga itu, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low didakwa menghubungi Schwartz pada Jun 2013 dan meminta wanita tersebut mereka kalung berlian merah jambu dengan permata berbentuk hati khas untuk Rosmah.

Menurut Schwartz, Rosmah telah meminta berlian 18 karat, namun dia hanya mempunyai berlian merah jambu 22 karat dan urus niaga akhirnya dicapai untuk pembelian batu permata bersaiz lebih besar.

Rekod menunjukkan, Schwartz kemudiannya menyerahkan sendiri kalung tersebut kepada Rosmah ketika isteri bekas perdana menteri itu bersantai di atas sebuah kapal layar bersama Low di luar pantai Monaco. -CARI

Sumber: Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epal_putih 24-3-2022 04:03 PM
keratan akhbar
Quote cmf_PariS 24-3-2022 04:04 PM
hahhahaha adoi yg bawah tu best
Quote Orix 24-3-2022 04:06 PM
duit byak nape la x buat treatment kt slimming centre... somehow iols rasa kan, iols x pernah nampak or perasan mana2 lg first lady mana2 negara yg gemok gedempol selain mah pinkish... ke hader ???
Quote krustykrab 24-3-2022 04:08 PM
epal_putih replied at 24-3-2022 04:03 PM
keratan akhbar

Bodoh la acik ni...dh sah2 bijan n bini dia tu berkoyan2 rete
Quote kucingitam 24-3-2022 04:17 PM
bersantai atas kapal..sunbathing ke..while rakyat hanya mampu bersantai tepi kolam mandi beli kat shopee...
Quote elzy 24-3-2022 04:24 PM
Pelik sangat duit infinity jumlahnya tapi masih sibuk mengejar material dari menumpukan keterampilan diri secara physically.. ..
Quote ayukpingu 24-3-2022 04:28 PM
najib pernah bagi keterangan pasal rantai berlian ni. dia bgtau rantai tu dihantar ke rumah (malaysia), bini tengok kejap rantai then disuruh hantar balik rantai tu yerr...sungguh berputar 360degree dgn kenyataan si schwartz yerrrupanya seronok sunbathing sambil menatap berlian... lagi dan lagi  penyokong najib support si melaun 2 ekor ni
Quote dubuk 24-3-2022 04:53 PM

sayang betul kat abang najib
Quote zaianim 25-3-2022 06:28 AM
Hmmm.. banyaknya duit.. nasib baik lah BN tumbang pada PRU14, kalau tak semua cite tak lah terbongkar
Quote Pixie902 25-3-2022 07:41 AM
zaianim replied at 25-3-2022 06:28 AM
Hmmm.. banyaknya duit.. nasib baik lah BN tumbang pada PRU14, kalau tak semua cite tak lah terbongka ...

Ni kalau BN naik balik PRU15 kambus balik la cerita2 salahlaku ni...itu yg mereka desperate sgt nak menang...bukan nak tolong rakyat pun...
Quote SedihPedih 25-3-2022 07:47 AM
ala..mahal2 pun tak dapek menjelitakan sheols..

baik dia spend utk surgery
Quote ninja9 25-3-2022 08:46 AM
Kalau pakai kelihatan tak sepadan tak apa, itukan harta, ada value juta2... tapi isu yang lebih penting disini ialah mana kah mah dapat duit juta2 tu... dia kena jelaskanlah. Kalau kah mah jawab dalam mahkamah menabung dari kecik maka terus sabitkan kesalahan kerana menabung dari kecik tak akan dapat duit sampai 97 juta...
Quote Denco 25-3-2022 09:30 AM
zaianim replied at 25-3-2022 06:28 AM
Hmmm.. banyaknya duit.. nasib baik lah BN tumbang pada PRU14, kalau tak semua cite tak lah terbongka ...

katanya tu semua pitonah pakatan hanceng sis.... kena pegang ayat2 ni smpai ajm

Quote Nham22 25-3-2022 09:48 AM
Klu aku kaya mcm rosmah ni.. Aku pon akan beli intan berlian emas.. Hahaha... Pastu campak letak kat gua
Quote tripleid 25-3-2022 10:16 AM
Edited by tripleid at 25-3-2022 10:23 AM



Dah ada bukti pun caiUMNO & walaunPAS masih tak percaya katanya semua tu fitnah untuk menjatuhkan Najib & kerajaan BN ketika mereka berkuasa.

#BodohSusahDiajar

Quote epal_putih 25-3-2022 10:24 AM
tripleid replied at 25-3-2022 10:16 AM
Dah ada bukti pun caiUMNO & walaunPAS masih tak percaya katanya semua tu fitnah untuk menjatuhkan  ...

yg taksub mana nak caye
tunjukla bukti apa pom
Quote zamnie 25-3-2022 10:56 AM
Ya Allah semoga dihari dan bulan yg mulia ni kebenaran akan terjawab... Amiiinnn
Quote Mini.Me 25-3-2022 11:07 AM
Tapi tengok muka n badan kakmah tu meols tak caye laa theyols manyak duitt
Quote tripleid 25-3-2022 11:10 AM
Edited by tripleid at 25-3-2022 11:11 AM
epal_putih replied at 25-3-2022 10:24 AM
yg taksub mana nak caye
tunjukla bukti apa pom


laki bini dah sah2 kaki pembohong pun melayu felda masih dok sembah lagi..


Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.104081 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top