CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Tak Puas Hati, Harga Ayam Gunting Naik Sampai RM9, Ada Yang RM15!

24-3-2022 02:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4851| Komen: 66

PETALING JAYA – Kenaikan harga makanan terus menjadi perhatian dalam kalangan masyarakat susulan peningkatan harga barang sejak awal tahun ini.

Kini, harga bagi ayam gunting pula tular di laman sosial dikatakan semakin mahal sehingga mencecah RM15.

Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna di laman sosial dikenali sebagai Abeyricano, dia mempersoalkan perkara tersebut kerana terkejut melihat harga terkini bagi menu berkenaan.

Gambar Hiasan

Bukan sahaja mahal, ada juga yang turut mengeluh mengenai saiz ayam gunting kerana mendakwa peniaga menggunakan tepung yang banyak dan ayam yang kecil.


Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang turut bersetuju bahawa harga bagi makanan tersebut semakin mahal.


“Wow, RM9, ayam gunting di tempat saya sudah jadi RM15,” luah qiels.

“Sekarang di Tapak urban Jalan Ampang, harga terkini adalah RM12,” ujar tyraspell.

“Ayam gunting ni kesukaan saya dan sekarang sudah RM10. Korang beli ayam gunting ‘grand hayat’ ke?” kata melmuzzie. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 24-3-2022 02:45 PM
Duluuu rm7. Rega rm9 ni dh 2-3bulan dh aihh..pilihan kt tgn masing2. Rasa mahal xyah la beli. Sifirnya mudah.
Quote musangbodoh 24-3-2022 02:53 PM
ayaq yg sedap manis2 tu (yg byk perisa) pun naik dari 6 ke 7 inggit...tiberrrrr
Quote cmf_premierleag 24-3-2022 02:54 PM
Peniaga pun serba salah sbb supplier kasi ayam pun rege mahal
So kene la pass the cost to end customer
Quote Cpkay 24-3-2022 03:00 PM
eh., ayam mentah pun dah mahal .. tapi sesekali beli tak salah.. kita pun kene support juga peniaga..
Quote prettyuglybabe 24-3-2022 03:10 PM
i suka uncle bob je.. and shihlin..
lain memang tak makan..
shihlin tak sampai rm10 kot..
uncle bob last i beli rm8 ke rm9..
and betul la..
kalau takat ayam macam tu je dah sampai rm9 rm10, baik kau pi beli nasi je..
tak berbaloi nak habis sampai berbelas ringgit untuk dada ayam plus perencah..
Quote Rockafella 24-3-2022 03:10 PM
Thunderclouds replied at 24-3-2022 02:45 PM
Duluuu rm7. Rega rm9 ni dh 2-3bulan dh aihh..pilihan kt tgn masing2. Rasa mahal xyah la beli. Sifirn ...

Taklah. Dulu masa mula2 diorang ni berniaga, harga sekeping daging ayam gunting tu je RM5.50. Pelan2 naik ke RM6, RM6.50, RM7 dan terkini RM9. Alasan? Bekalan ayam terjejas. Memang betul terjejas, sebab KFC beberapa hari yang lalu memang tak ada stock ayam. Buka restoran pun macam tu je, tapi ayam goreng takde.

Apa pun, penjual ayam gunting ni takleh sewenang2nya naikkan harga. Kualiti dulu lagi bagus berbanding sekarang yang ternyata banyak tulang. Salah makan, tulang tercucuk dalam mulut. Sakit gile2.
Quote Artemesiaa 24-3-2022 03:24 PM
Bahan mentah barang dapur kebanyakannya dah naik harga.  Kalau mereka beli pun mahal nak tak nak kenaikan harga tak dapat dielakan.  Kalau ahli keluarga ramai eloklah buat sendiri lebih jimat.  
Quote kelip2_07 24-3-2022 03:29 PM
aym 1 beg dh brape hrga..xmsk peper bag..peper salt.. minyak tepung

bl supplier dh naik hrga byk kali xkn ko nk jual hrga lama?dpt penat jer..setkt beli jer sesekali pikir kn cost peniaga jgk

skg aym gnting ade yg bertulang ade yg isi jer mcm stail dlu2 pn bnda nie dr supplier..abis peniaga nk buat cmne??

sekian dr aku kaki lepak kdai aym gunting kwn aku setiap hari
Quote nawtylulu 24-3-2022 03:33 PM
takoottttt tgk hrga ayam gunting ni skrg.. blh lpas sepinggan nasi cmpur lak bajet. tp kalo da tringin n mampu membeli x slh pon support peniaga.
Quote my_irina 24-3-2022 03:41 PM
if ayam gunting tu jenis tak bertulang n sebesar size ade tulang worth it RM9
Quote sepiITUindah 24-3-2022 03:42 PM
kat sini naik seringgit jer
Quote green~tea 24-3-2022 03:43 PM
Uiks.. ni makanan anak aku & nephews beli lepas skolah.. hahahah
Quote me12345 24-3-2022 03:46 PM
Kalau mahal..jgn beli..tu je
Quote kotakominami 24-3-2022 03:49 PM
Kalau part tight campor peha mcm ciken cop sepukang tu aku ok je...ni byk gerai buat part dada...baik beli wat sendiri...dahla die punya tepung lg tebal pd isi...
Quote eyansss 24-3-2022 03:55 PM
Rockafella replied at 24-3-2022 03:10 PM
Taklah. Dulu masa mula2 diorang ni berniaga, harga sekeping daging ayam gunting tu je RM5.50. Pela ...
Kualiti dulu lagi bagus berbanding sekarang yang ternyata banyak tulang.
ingatkan aku sorang je pelik kenapa ayam gunting sekarang ada tulang...  dulu daging semata...
Quote naina 24-3-2022 03:56 PM
Last time beli masih rm7-8
Dah naik ekk
Kegemaran anak2 aku ni lagi2 yang spicy
Tak berbaloi beli
Baik.beli nasi berlauk sebungkus
Tadi beli nasi ganja set biasa 1 baru rm6
Ehh sedap rupanya ya
Patutlah sentiasa ramai
Quote krustykrab 24-3-2022 03:57 PM
Cer korg beli ayam, lps tu proses sendiri sampai jd ayam gunting tu...tgk berbaloi ke idak dgn harga jual tu?
Quote renko 24-3-2022 03:57 PM
kesian la kt peniaga
kang merintih2 karangan berjela2 suh orang support
alasan rugi pandemik bagai n nk naik balik
sambil tu lepas tu sembelih tukang support
Quote epal_putih 24-3-2022 04:04 PM
barangs semua naik rege
nak wat guane

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.141993 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top