CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekebun Tergamak Bunuh Adik Kembar Sebab Berebut Dadah

24-3-2022 02:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 422| Komen: 0

KUALA LANGAT: Tindakan seorang lelaki yang juga pekerja kebun tergamak membunuh kembarnya pada 11 Mac lalu berdepan hukuman gantung apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret.


Tertuduh, B. Velukumar, 37, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Khairul Farhi Yusob.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Foto: Utusan

Berdasarkan pertuduhan, lelaki berkenaan didakwa membunuh adik kembarnya, Velakumar, 37, di tepi jalan Sri Cheeding, Kampung Bukit Cheeding, Banting di sini antara pukul 4 hingga 5 petang, dua minggu lalu.


Sabit kesalahan boleh dihukum mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amir Saifullah Mohammad Sallehuddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 12 Mac lalu, angkara dadah membuatkan seorang lelaki dilaporkan hilang pertimbangan apabila membunuh kembarnya sendiri yang enggan berkongsi syabu di rumah sewa mereka di Kampung Seri Cheeding di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh sebelum ini memaklumkan, hasil siasatan mendapati berlaku pergaduhan antara pasangan kembar itu selepas mangsa tidak mahu berkongsi dadah jenis syabu.

“Suspek menikam adik kembarnya menggunakan sebilah pisau,” jelasnya. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.037111 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top