CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cacat, Lumpuh, Tiada Telinga Dan Anak Tekak- Dugaan Jaga Dua Anak OKU, Terlantar Dijangkiti Covid-19

24-3-2022 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1399| Komen: 3

JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri ditimpa malang berganda apabila anak syurga yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) dan mengalami pelbagai komplikasi kesihatan kini terlantar di hospital akibat positif Co­vid-19 tahap lima.


Suri rumah, Norazifa Othman, 38, berkata, dia dan suami, Mohd. Fauzi Harian, 47, terpaksa me­nempuh satu persatu ujian bagi membesarkan anaknya, Muhammad Faiz Irfan, 13.

Katanya, anak sulungnya itu mengalami pelbagai komplikasi seperti dilahirkan tanpa telinga kanan, masalah usus, radang paru-paru, kekurangan oksigen, kecacatan lelangit, kekejangan otot dan lumpuh.

Foto: Kosmo

“Dia juga tidak memiliki anak tekak hingga menyebabkannya sukar untuk menelan makanan selain saluran pencernaan juga tidak sempurna.


“Faiz Irfan minum susu khas lapan kali sehari dan bergantung kepada 10 jenis ubat. Saya bertambah resah apabila dia dima­sukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Khamis lalu akibat positif Covid-19 tahap lima,” katanya.

Menurut Norafiza, walaupun dia buntu kerana kehabisan duit simpanan, namun pada masa sama tiga ahli keluarganya yang lain terutama anak bongsunya, Muhammad Farhan Imran yang mengalami masalah tumbesaran terbantut dan epilepsi atau sawan sejak Disember lalu tidak dijangkiti virus itu.

Tambahnya, keluarga hanya bergantung kepada pendapatan suami kira-kira RM1,500 sebulan sebagai penghantar makanan selain bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Agama Islam Johor sejumlah RM1,100 setiap bulan.

“Ia masih tak cukup kerana kos menjaga Faiz Irfan dan Farhan Imran mencecah RM3,000 setiap bulan. Saya terpaksa pinjam duit daripada kenalan kerana perlu ulang-alik ke hospital dan beli barangan keperluan lain,” katanya.

Ujar Norafiza, doktor tidak menidurkan Faiz Irfan kerana sebelum ini saluran pernafasannya sempit dan keadaan semakin buruk termasuk air kencingnya berdarah.

“Doktor hanya memasang mesin bantuan pernafasan dan tiada rawatan akan diberikan sekiranya keadaan semakin te­ruk dan nazak,” katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan kepada keluarga berkenaan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 01135-41-10001844-7 milik Norazifa atau hubungi talian 017-262 9221. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 24-3-2022 02:18 PM

JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri ditimpa malang berganda apabila anak syurga yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) dan mengalami pelbagai komplikasi kesihatan kini terlantar di hospital akibat positif Co­vid-19 tahap lima.
Quote RinIna 24-3-2022 03:38 PM
Allahu.. sedihnya..
Quote airmineral 24-3-2022 04:32 PM
aduhai besar dugaan drg ni

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.930724 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top